So anda ada plan nak beli kasut bola yang baru. Tapi anda tak tahu nak pilih kasut bola yang mana satu. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan anda 6 cara untuk memilih kasut bola yang sempurna untuk anda.
Dalam erti kata lain, jangan beli kasut bola sebelum anda tahu 6 perkara ini.
1. Kasut bola mengikut posisi: jangan ikut sangat!
Jika anda dah lama main bola, anda pasti pernah dengar orang cakap sesetengah kasut bola direka hanya untuk posisi-posisi tertentu sahaja. Kalau anda defender, anda kena pakai kasut A. Kalau anda main tengah, kena pakai kasut B. Kalau anda nak lari laju, kena pakai kasut C. Kalau main striker, kena pakai kasut D pula.
Tapi anda kena tahu satu perkara: ia bukannya satu peraturan. Ia bukan satu kewajiban.
Jika anda striker dan anda rasa muat dan selesa pakai kasut bola yang direka untuk winger (memaksimumkan pecutan) – contohnya PUMA One yang mempunyai teknologi tapak RAPIDSPRINT, tiada masalah untuk anda memakainya.
Jika anda biasa bermain sebagai pertahanan, anda boleh sahaja memakai kasut bola yang direka untuk memaksimumkan kelincahan – contohnya PUMA Future yang mempunyai teknologi tapak RAPIDAGILITY.
2. Bajet perlu ikut keperluan permainan
Bajet perlu menjadi titik permulaan yang perlu anda pertimbangkan setiap kali sebelum membeli kasut bola baru. Kerana ia akan menentukan apa pilihan yang anda ada. Kasut bola berharga dari RM100 hingga ribuan ringgit. Jika anda ada bajet yang tinggi, maka banyaklah pilihan anda.
Kebanyakan jenama dan model terkini juga menyediakan banyak gred. Gred-gred ini mempunyai harga dan material yang berbeza-beza. Semakin tinggi grednya, semakin bagus material-nya.
Jika anda mempunyai bajet yang tinggi, anda boleh mendapatkan kasut bola gred satu. Jika tidak, anda masih boleh mendapatkan model sama; cuma pada gred yang lebih rendah.
3. Rupa tak sepenting keselesaan dan sentuhan
Apabila anda tiada idea nak beli kasut bola jenis apa, naturally anda akan buat keputusan berdasarkan rupanya. Anda akan cenderung untuk membeli kasut bola yang cantik, atau kasut bola yang dipakai oleh idola bola sepak anda (Marko Reus contohnya), berbanding yang betul-betul muat dan selesa untuk anda.
Walaupun membeli kerana rupa tak salah (asalkan ia menepati bajet), kemuatan dan keselesaan perlu menjadi keutamaan anda dahulu.
Tetapi jika anda mahukan ketiga-tiganya – rupa yang cantik, selesa dan sentuhan yang premium – Hacked Pack terbaru keluaran PUMA adalah jawapannya. Dalam pack ini, PUMA One dan PUMA Future -yang terkenal dengan keselesaan dan sentuhan premiumnya – diberi sentuhan visual sisi gelap dunia digital dan corak penyamaran hijau 8-bit. Cantik!
4. Muat-muat vs ada ruang sikit?
Bercakap tentang keselesaan, ia bukan sahaja berkait dengan memilih saiz kasut yang betul sahaja. Ia turut berkait dengan cara kasut bola tersebut ‘membalut’ kaki anda tanpa ada rasa nak terlucut ketika digunakan.
Sebagai contoh, PUMA Future mempunyai teknologi evoKNIT PRO yang dilengkapi NETFIT untuk membolehkan pemain mengubahsuai sama ada mahu betul-betul muat atau ada ruang sikit. PUMA One pula menampilkan sarung evoKNIT dengan teknologi FUSEFIT untuk membolehkan pemain memilih kemuatan yang mereka suka.
5. Upper material: synthetic vs leather?
Sentuhan pula berkait dengan jenis permukaan atas kasut bola. Ada sesetengah pemain suka synthetic material yang memberi sentuhan seolah-olah bermain dengan kaki ayam. PUMA Future yang dipakai oleh Luis Suarez (gambar bawah) adalah salah satu contohnya.
Puma Future mempunyai 3D Havoc Frame untuk memberikan sentuhan yang responsif kepada kaki. Sentuhan inilah yang membolehkan penyerang Barcelona ini bergelar penyerang paling berbisa di La Liga setakat ini – selepas Lionel Messi.
Ada sesetengah pemain pula suka leather material yang memberi lapisan perlindungan kepada kakinya. Contoh terbaik adalah Sergio Aguero yang memakai PUMA One (gambar bawah).
Bahagian permukaan atas PUMA One diperbuat daripada K-leather yang sangat lembut, sekaligus memberikan sentuhan dan kawalan bola yang premium. Tak hairanlah penyerang Manchester City ini sedang mendahului carta penjaring terbanyak English Premier League musim ini.
Sintetik atau kulit, ia bergantung kepada cita-rasa masing-masing. Semasa membeli, anda perlu menguji sendiri bagaimana rasa kasut baru anda apabila menyepak bola.
6. Apa jenis permukaan padang yang anda akan main?
Jenis permukaan padang adalah satu aspek yang pemain selalu lupa untuk ambil kira sebelum membeli kasut bola baru. Mereka menganggap selagi kasut tersebut ada stad (studs), ia boleh dimainkan di mana-mana sahaja.
Ada sebab mengapa kasut bola mempunyai label FG, SG dan AG. Ini kerana kasut-kasut ini hanya sesuai dimainkan di permukaan padang yang tertentu sahaja.
Jika anda selalu main di padang rumput tiruan – permukaan padang yang sedang popular di Malaysia ketika ini – anda perlu mendapatkan kasut bola berlabel AG.
Jika anda hanya ada bajet untuk sepasang kasut dan selalu tukar-tukar main di permukaan padang rumput semulajadi dan rumput tiruan, anda boleh mendapatkan kasut bola berlabel FG sahaja. PUMA Future, mengikut reviu ini, adalah antara salah satu contoh kasut yang memberi cengkaman bagus di kedua-dua jenis padang.
Sedia untuk ‘hack the game’?
Selepas tahu 6 perkara di atas, anda kini dah bersedia untuk membeli kasut bola baru. Tapi bersediakah anda untuk hack the game?
Memperkenalkan Hacked Pack keluaran PUMA. Pack terbaru PUMA ini mampu membuatkan lawan anda terpegun dengan keunikan coraknya, menimbulkan kekeliruan kepada lawan seolah-olah anda sedang ‘hacking’ permainan – dengan kelajuan, ketangkasan dan kebolehan semula jadi anda.
Produk terbaru PUMA ini bakal digunakan oleh pemain-pemain handalan dunia seperti Antoine Griezmann, Luiz Suarez, Sergio Aguero, Romelu Lukaku, Samuel Umtiti dan Jan Oblak.
Dijual dengan harga RM829 untuk PUMA One 19.1 dan PUMA FUTURE 19.1, Hacked Pack PUMA ini telah berada di pasaran Malaysia sejak 4 April lepas di butik-butik bola sepak PUMA (The Gardens, KLCC dan One Utama) serta cawangan Football Republic di seluruh negara.