Badhri Radzi Tinggalkan Kelantan Sekali Lagi, Kurang Sebulan Daripada Tarikh Kepulangan Semula

Gaji

Beberapa jam yang lalu, tular satu imej yang dikatakan surat permohonan dilepaskan oleh Badhri Radzi yang dihantar kepada pengurusan pasukan Kelantan.

Badhri Radzi terpaksa mengambil keputusan berat itu kerana adanya konflik di antara KRW dan KAFA.

Badhri Radzi musim lalu dibekukan oleh pengurusan Kelantan – ketika dibimbing Fajr Ibrahim. Beliau diarahkan mencari pasukan baharu. Bahdri kecewa, dan tambah memilukan apabila tunggakan gaji beliau di Kelantan tidak diselesaikan.

Awal musim 2019, Bahdri Radzi menyertai pasukan Perlis. Malangnya pasukan tersebut menghadapi krisis kewangan dan ‘bungkus’ awal daripada Liga Perdana. Badhri Radzi antara pemain yang meluahkan; tidak mendapat sesen pun gaji sejak menyertai Singa Utara.

Selepas menjadi ejen bebas, pengurusan Kelantan FA yang diterajui Kelantan Red Warriors telah membawa pulang Badhri Radzi pada 16 Mac Mac lalu. KRW percaya kapten legenda Kelantan itu akan membantu pasukan itu bangkit seterusnya kembali ke liga Super.

Namun berlaku konflik antara KRW dan KAFA. KRW menerusi My Inspiration telah menarik diri daripada kerjasama dengan KAFA dalam menguruskan pasukan Kelantan.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani menyatakan KAFA akan meneliti beberapa pemain termasuk jurulatih, yang sebelum ini dibawa masuk menerusi perjanjian dengan KRW.

Kurang sebulan daripada kepulangan semula ke pasukan Kelantan, Badhri Radzi mengesahkan beliau meminta untuk dilepaskan – hanya selepas bermain 3 perlawanan.

Dipetik daripada Stadium Astro, Bahdri Radzi berkata: “Semuanya sudah menjadi bubur. Saya menerima tawaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRW, Fazli Mohammad dan Orrisa Baharom, untuk kembali membantu Kelantan mengharungi Liga Malaysia musim ini.

“Malangnya, apabila konflik melanda hubungan KRW dan KAFA, semua yang dirancang tidak berjalan dengan sempurna.

“Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dengan menghantar surat rasmi kepada KAFA,” katanya.

Leave a Reply