‘James Okwuosa Sertai Kuching City’- Bukti Aidil Sharin Mahu Atasi Kelemahan Tahun Lalu

Pertahanan kental dari Nigeria, James Okwuosa dilaporkan bakal menyertai Kuching City untuk saingan hadapan, selepas tampil cemerlang bersama PDRM pada tahun lalu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi laporan wartawan sukan, Fadhirul Suhaimi.

James antara pertahanan paling mencuri tumpuan pada musim lalu selepas impak besar dibawa pemain ini jelas membantu PDRM mencipta beberapa kejayaan tidak dijangka.

Kualiti dimiliki James pastinya terarah kepada kemampuan beliau untuk menutup segala ruang dicipta penyerang lawan dengan sangat baik selain memiliki aspek kekuatan fizikal.

Malah, pemain berusia 33 tahun ini juga berjaya menjulang kejayaan sulung beliau di Malaysia untuk meraih gelaran juara MFL Challenge Cup pada tahun lalu bersama The Cops.

Untuk saingan Liga Super sahaja, bekas pertahanan kebangsaan Nigeria ini telah meledak tiga gol bersama satu bantuan jaringan bersama kualiti permainan cukup menyakinkan.

Pada awalnya, ramai menjangkakan PDRM akan mengekalkan pemain ini sebelum beliau dilaporkan menjadi rekrut terbaharu untuk Kuching City pada saingan hadapan.

Kuching City yang tampil serba tidak menyakinkan pada tahun lalu dalam saingan Liga Super, jelas ingin membuat beberapa perubahan baharu terutama sekali dalam kalangan para pemain.

Aidil Sharin Sahak yang merupakan jurulatih utama mereka kini jelas menyedari pelbagai aspek kelemahan perlu diperbaiki Kuching City jika mereka ingin memberi persaingan sengit buat pasukan lain.

Paling utama, pastinya terarah kepada posisi pertahanan mereka yang begitu rapuh serta dibarisi beberapa pemain muda kurang berpengalaman untuk menyerap intensiti tinggi di saingan Liga Super.

Untuk masalah tersebut, Aidil terlebih dahulu menandatangani pertahanan tempatan berpengalaman iaitu Rodney Celvin Akwensivie selaku pemain baharu mereka.

Enggan mengambil risiko pemain import baharu yang tidak pernah beraksi di saingan Liga M, Aidil dilihat mengambil langkah sangat tepat untuk mendapatkan James di benteng pertahanan mereka.

Kelemahan di posisi pertahanan Kuching City ketika ini mula diisi dengan beberapa pemain berpengalaman dan berkualiti jika pasukan itu sah menandatangani khidmat James musim depan.

Apapun, dijangka Kuching City bakal menambah lebih ramai pemain baharu untuk musim depan dengan Aidil sudah tentu merancang sesuatu lebih menarik buat pasukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN