Junior Eldstal: “KPG Beritahu, Nikmatilah Peluang Bermain Untuk Malaysia”

Pertahanan kental Harimau Malaya, Junior Eldstal mahu membuktikan sesuatu untuk saingan Piala Asia 2023 yang hanya akan bermula tidak lama lagi di Qatar.

Berada dalam Kumpulan E, skuad kendalian Kim Pan-gon telah diletakkan bersama Jordan, Bahrain, serta salah satu kuasa besar bola sepak di Asia iaitu Korea Selatan.

Eldstal merupakan antara nama pemain yang dipanggil kali ini untuk memperkuatkan posisi pertahanan negara, selepas beliau tampil positif sejak beberapa perlawanan lalu.

Pemain ini terdahulu antara yang menerima kritikan keras buat segelintir penyokong atas prestasi beliau bersama Harimau Malaya tidak begitu konsisten.

Namun, Kim berjaya mengubah pertahanan tinggi lampai itu kembali untuk menjadi lebih baik dan sudah dibuktikan aksi beliau di atas padang dengan begitu positif.

Tersenarai sebagai antara pemain yang beraksi di Piala Asia, jelas Eldstal mahu membuktikan sesuatu yang positif demi membalas kepercayaan telah diletakkan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu.

Malah, pemain Dewa United itu juga mahu mengucapkan terima kasih kerana Kim terus mempercayai beliau untuk menjadi sebahagian perancangan penting untuk skuad kebangsaan.

Tampil dengan kekuatan fizikal serta pakar memenangi perebutan bola di udara, menjadikan Eldstal sebagai salah satu aset penting buat pasukan kebangsaan.

Eldstal juga mengakui pengendali tersebut pakar untuk menggunakan kelebihan setiap pemain untuk dipadankan dengan perancangan taktikal mengikut situasi perlawanan.

“Saya punya impian adalah untuk bermain dengan negara lagi dan saya dapat peluang ini. Jurulatih KPG pun memberikan saya kepercayaan dan dia tahu menggunakan saya.

“KPG beritahu lagi, nikmatilah peluang bermain untuk Malaysia dan setiap pemain membawa nama negara,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Eldstal turut terharu dengan para penyokong Harimau Malaya yang sanggup datang dari jauh ke Qatar semata-mata untuk memberi sokongan penuh kepada pasukan kebangsaan.

“Terima kasih banyak penyokong yang boleh datang bersama-sama dan berada di sini bersama kami. Anda tahu, ia adalah pengalaman yang besar untuk kita semua, satu negara dan, ia bagus supaya kita nikmati semuanya bersama-sama,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN