Romel Morales Atau Darren Lok Lebih Layak Kemudi Serangan Skuad Kebangsaan?

Ketika ini, timbul persoalan jika Romel Morales atau Darren Lok lebih layak untuk mengisi kesebelasan utama Harimau Malaya untuk saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Kedua pemain tersebut berjaya menembusi senarai akhir pemain kebangsaan yang terpilih untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas tertinggi Asia yang akan bermula tidak lama sahaja lagi.

Diletakkan dalam Kumpulan E, Malaysia bakal berhadapan dengan Jordan, Bahrain, serta gergasi bola sepak di Asia kini iaitu Korea Selatan dalam misi untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Untuk saingan kali ini, Malaysia tampil dengan barisan pemain yang dianggap serba lengkap di segenap posisi untuk memberi cabaran sebaik mungkin kepada pasukan lawan.

Antara posisi paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada serangan negara yang dibarisi Darren Lok, Romel Morales, Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Paulo Josue, Arif Aiman Hanapi, Mohamadou Sumareh serta Faisal Halim.

Jika dikelaskan kepada penggempur utama pula, hanya Romel Morales dan Darren Lok sahaja bakal mengetuai jentera serangan jika dibandingkan pemain lain lebih banyak beroperasi di bahagian sisi serta penyerang kedua.

Melihat kepada pendekatan diamalkan oleh Kim Pan-gon, berkemungkinan Darren dan Morales tidak akan digandingkan bersama untuk sesuatu perlawanan.

Persoalannya kini, siapa lebih layak mengetuai jentera serangan Harimau Malaya antara Morales dan Darren?

Menurut pandangan kami di Semuanya BOLA, berkemungkinan besar peranan utama tersebut akan terus diberikan kepada Darren atas beberapa situasi.

Darren merupakan antara penyerang yang sentiasa menjadi tumpuan Pan-gon sejak awal jurulatih tersebut mengendalikan skuad kebangsaan.

Walaupun tidak banyak menghasilkan jaringan, secara keseluruhan aksi penyerang itu tetap memberikan impak cukup besar di posisi hadapan Harimau Malaya menerusi tekanan-tekanan dilakukan Darren kepada pertahanan lawan.

Malah, Darren juga memiliki persefahaman sangat tinggi dalam permainan bersama rakan sepasukan lain untuk mencipta kombinasi serangan berguna dalam setiap perlawanan dihadapi.

Harus diakui saingan Piala Asia ini bukan lagi medan untuk Pan-gon melakukan uji kaji antara pemain dan sedikit kesilapan akan membawa padah buat skuad kebangsaan.

Morales mungkin lebih sesuai digunakan di separuh masa kedua atau ketika situasi tidak memberi ruang untuk Darren berfungsi dengan baik di posisi serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN