Jamal Nasir Mahu Luqman Hakim Positif, Buktikan Kemampuan Diri

Jamal Nasir

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail mahu penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin hanya memberikan fokus terhadap perkembangan kariernya di Belgium nanti berbanding isu yang melibatkan pemergiannya ke sana yang menjadi perdebatan ketika ini.

Ia berikutan kenyataan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja sebelum ini yang mengatakan perpindahan Luqman Hakim ke KV Kortrijk itu adalah atas faktor kepentingan politik pemimpin negara.

Menurut kenyataannya yang dikeluarkan oleh Berita Harian (BH) Online, Jamal Nasir melihat apa diperkatakan pada ketika ini sebagai perkara yang dapat memberikan motivasi buat Luqman sekaligus dapat membuktikan kepada semua pihak bahawa beliau benar-benar layak untuk beraksi di Eropah.

“Masalah kabel ke apa, itu nombor dua. Luqman juga ada potensi, bukan tak ada dan dia masih muda. Kalau diberi masa dan pendedahan yang lebih baik di Eropah, saya rasa tiada masalah.”

“TMJ komen berdasarkan apa yang dia dapat dan kalau benar Tan Sri Vincent Tan sendiri yang yang bagi tahu, jadi betullah. Tapi itu perkara lain, benda yang positifnya adalah Tan Sri memberi ruang kepada anak Malaysia beraksi bersama kelabnya.”

“Ini yang kita harapkan kepada rakyat Malaysia yang memiliki kelab di Eropah untuk membantu membawa pemain berbakat dari negara ini mendapat pendedahan berguna di sana kerana sebagai pemilik kelab, dia ada hak nak bawa sesiapa pun.”

“Tapi saya rasa Luqman memang seorang pemain muda yang berbakat dan inilah masa untuk dia menunjukkan segala kemahiran dia di sana. Insya-Allah kalau dia boleh bawa diri dia di sana, dia boleh pergi jauh,” ujar Datuk Jamal Nasir.

Dalam perkembangan sama, Jamal Nasir juga mahu anak kelahiran Kota Bharu itu sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yang boleh menjadi elemen penghancur kepada kariernya yang dilihat mampu untuk menyinar dengan baik buat bola sepak negara.

Baca artikel lain dari kami mengenai Luqman Hakim Shamsuddin:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN