Jadual Liga Malaysia 2018 Mungkin Akan Keluar Pada Hujung Bulan Ini

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam memberi jaminan jadual keseluruhan Liga Malaysia 2018 akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini.

Menurut Kevin, kekangan utama dalam memastikan tarikh perlawanan ialah memuktamadkan gelanggang rasmi setiap pasukan yang bertanding.

Difahamkan terdapat beberapa pasukan yang masih belum memuktamadkan Stadium rasmi mereka antaranya ialah pasukan Perak kerana Stadium Perak akan ditutup sementara untuk pengubahsuaian bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma).

Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) mahu menjadikan Stadium Manjung sebagai gelanggang sementara mereka untuk musim depan.

Isu timbul bila FMLLP menyifatkan stadium itu masih kabur daripada segi aspek keselamatan, terutama apabila membabitkan perlawanan berprofil tinggi.

Menurut Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat, mereka masih berurusan FMLLP dan cuba menyelesaikan beberapa masalah yang timbul.

“Kami masih berurusan dengan FMLLP. Laporan dan maklumat terkini berkaitan kerja-kerja menaik taraf yang dilakukan di Stadium Manjung telah dihantar kepada FMLLP beberapa hari lalu.

“Ia hanya akan diputuskan selepas FMLLP mengeluarkan arahan rasmi berhubung perkara tersebut.”

Namun, bagi Abdul Puhat, pihaknya juga telah membuat persediaan gelanggang alternatif jika perkara sebaliknya berlaku.

“Apapun, kami sudah bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan. Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut mungkin menjadi salah satu venue alternatif,” katanya kepada Stadium Astro. 

Stadium TLDM Lumut akan dijadikan sebagai gelanggang alternatif jika Stadium Manjung tidak diluluskan oleh FMLLP.

Sementara itu, FMLLP berusaha untuk memastikan setiap pasukan dapat memuktamadkan venue rasmi mereka secepat mungkin supaya jadual perlawanan boleh dikeluarkan.

“Kami sedang bekerjasama dengan Perak untuk menyelesaikan kekangan mereka bagi mendapatkan stadium yang bersesuaian untuk saingan Liga M,” kata Kevin.

Satu perkembangan positif ialah pasukan seperti Kuala Lumpur besar kemungkinan akan beraksi semula di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras selepas empat tahun.

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dijangka akan kembali digunakan pada musim depan. FOTO: Kelab Penyokong Bolasepak Kuala Lumpur

Namun, Kevin mengingatkan setiap pasukan perlu memastikan stadium yang digunakan mempunyai prasarana dan kemudahan mencukupi serta mencapai had pencahayaan lampu limpah stadium yang telah ditetapkan.

“1200 lux adalah had (pencahayaan) yang rendah berbanding dengan saingan liga di negara lain, yang memerlukan 1600 hingga 2000 lux. Saya berharap kesemua pasukan mencapai had yang telah ditetapkan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN