Thierry Henry diangkat sebagai pemain yang cemerlang terutamanya ketika menyarung jersi Arsenal.
Namun memasuki era pengurusan, jalan dilihat cukup sukar buat bekas penyerang Perancis itu selepas mengharungi sesi yang tidak berjaya bersama AS Monaco dan kini Montreal Impact di Major League Soccer.
Henry masih lagi bertahan di Major League Soccer, dan ianya boleh menjadi penyebab kenapa beliau kini berpeluang untuk kembali ke England.
Hal ini kerana, Bournemouth yang kini beraksi di EFL Championship telah cuba untuk mendapatkan khidmat Henry selepas memecat Jason Tindall.
Menurut Sky Sports, kelab tersebut sudah pun mendekati Henry untuk mendapatkan khidmatnya yang menyaksikan beberapa calon lain turut disenarai pendek oleh Bournemouth.
Selain Henry, bekas rakan sepasukannya Patrick Vieira dan rakan baik Jurgen Klopp David Wagner turut tersenarai.
Peluang untuk menguruskan pasukan di England adalah satu pintu yang baik untuk Henry yang kini sedang mencari-cari jalan untuk mengisi misi besarnya.
Misi besarnya untuk menguruskan bekas kelabnya iaitu Arsenal satu hari nanti.
“Saya ada impian untuk menguruskan Arsenal tetapi saya juga impikan untuk berlari-lari di atas gelanggang bola keranjang dan membuat slam dunk. ”
“Ianya mungkin tidak akan terjadi. Tetapi ya, saya mahu menguruskan Arsenal sehingga hari saya pergi,” kata beliau menerusi Football London.
Bournemouth kini ditangga keenam EFL Championship dengan mereka diuruskan sementara oleh Jonathan Woodgate.
Baca juga artikel kami mengenai Thierry Henry:
Olivier Giroud Atasi Rekod Michel Platini, Ada Potensi Atasi Thierry Henry
Thierry Henry Disenarai Calon Pilihan Ganti Setien Di Barcelona