Penyerang import Negeri Sembilan, Jacque Faye boleh dianggap sebagai antara pemain yang tampil daripada bawah sebelum kini mengecapi kejayaan di pentas profesional.
Hadir ke Malaysia beberapa tahun lalu, Faye hanya beraksi dalam saingan amatur sahaja untuk beberapa kelab di Lembah Klang sebelum secara rasminya ditandatangani oleh PDRM di pentas Liga Super.
Jika beberapa tahun lalu, Faye hadir ke Malaysia dan hanya melihat para pemain import lain mencipta nama dalam dunia bola sepak profesional, kini beliau turut merasainya sendiri bersama PDRM musim lalu selain turut mencetak beberapa gol berharga.
Pernah mencuri tumpuan pads tahun 2018 selaku antara pemain import paling menyerlah dalam saingan Selangor Champions League (SCL), Faye membuktikan beliau sebagai antara pemain yang melalui sistem bola sepak cukup teratur di Malaysia.
Jika sebelum ini saingan amatur hanya dipandang ringan sesetengah pihak termasuk penyokong bola sepak tempatan, Faye membuktikan mereka mampu untuk meraih tempat di pentas profesional jika tampil menonjol serta konsisten pada awal karier.
Malah, beliau terus mengembangkan karier di Malaysia dalam aksi profesional untuk ditandatangani kontrak oleh Negeri Sembilan menerusi pencapaian lalu bersama PDRM.
Semuanya bermula dengan rekod beliau dari bawah untuk menyertai saingan amatur yang dipanggil sesetengah individu sebagai ‘Liga Haram’ di Malaysia.
Tatkala rakan sepasukan beliau yang lain tiba dan terus beraksi di pentas profesional, Faye secara perlahan-lahan membina karier dari bawah untuk mendaki ke puncak teratas saingan dalam Malaysia.
Untuk rekod, SCL sebelum ini berada dalam kelolaan Football Selangor (FS) bawah kendalian Selangor Youth Community (SAY) iaitu sebuah NGO di bawah Raja Muda Selangor (RMS) menerusi perkongsian akaun Kingofsaka23 sebelum dibawa oleh FA Selangor (FAS).
Nak bagitahu kepada yang mungkin tak tahu.
Beliau bermula dengan bermain di liga sosial je di Lembah Klang.
Antara top import masa Selangor Champions League 2018.
Jadi adakah kalian masih memandang rendah fungsi liga-liga sosial? Mohon FA korang function.
Turun bawah, sokong. https://t.co/fpKvYHqAMm pic.twitter.com/2sgdbshXSy
— KOS23.eth | !SKULLS (@kingofsaka23) March 11, 2024
“Another fun fact, setiap pasukan yang layak ke peringkat akhir SCL, diwajibkan untuk meletakkan nama kawasan/daerah mereka di sepanjang kejohanan.
“Tujuannya untuk menimbulkan “sense of belonging” kepada penduduk kawasan/daerah tersebut,” jelas kenyataan itu menerusi media sosial X.
Jika dilihat, Selangor menjadi negeri paling aktif serta sangat meriah daripada segi sambutan dalam saingan amatur dan telah pun dibuktikan sejak bertahun lalu.
Malah,saingan ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai bintang muda tempatan untuk pentas profesional selain Faye sendiri sudah membuktikannya walaupun hadir dari luar negara.