Dion Cools Mungkin Perkukuh Jentera Pertahanan Terengganu Musim Ini?

Secara tiba-tiba, nama pertahanan kental Harimau Malaya iaitu Dion Cools dilaporkan mungkin akan menyertai Terengganu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini.

Bayangan tersebut diberikan sendiri oleh wartawan sukan iaitu Hafizal Hamad bersama Zulhelmi Zainal Azam dalam satu rancangan di Astro Arena ketika mereka membincangkan nama-nama pemain baharu ditandatangani Sang Penyu.

Umum mengetahui Cools kini sedang menikmati musim yang cukup hebat dalam saingan Thai League 1 bersama Buriram United bersama aksi ditampilkan cukup konsisten.

Nama Cools sejak beberapa tahun ini kerap dibincangkan dalam kalangan peminat menerusi impak besar diberikan beliau buat bola sepak Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Hadir dengan reputasi yang cukup gah di Eropah bersama beberapa kelab terkemuka, pengalaman dimiliki pertahanan tinggi lampai ini jelas memberi sumbangan cukup besar buat bola sepak negara.

Ketika ini, Cools masih lagi menjadi milik Buriram United dan sudah pun beraksi sebanyak 27 perlawanan bersama pasukan tersebut untuk saingan musim 2023/2024 bersama satu gol dan dua bantuan jaringan dihasilkannya.

Bersama pasukan kebangsaan, Cools sudah pun mencipta 24 penampilan secara keseluruhan dan turut merekodkan empat gol untuk Malaysia di pentas antarabangsa.

Jika benar Cools bakal diikat Terengganu, jelas ia memberi nilai tambah cukup besar buat pasukan berkenaan untuk memperkukuhkan lagi aspek pertahanan bagi mengharungi saingan musim akan datang.

Apatah lagi, Terengganu kini juga menjadi antara pasukan yang memiliki kekuatan cukup baik menerusi barisan pemain tempatan mereka untuk posisi pertahanan seperti Shahrul Nizam serta Ubaidullah Shamsul Fazili.

Tampil dengan beberapa rombakan dibuat, terdahulu Terengganu sudah pun menandatangani khidmat Akhyar Rashid serta Safawi Rasid dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah, mereka juga turut mengikat penyerang import baharu, Ismaheel Akinade untuk bergandingan dengan Ivan Mamut yang dikekalkan Sang Penyu untuk musim ini.

Di posisi pertahanan, selain Cools yang dikaitkan bersama mereka, Sang Penyu terlebih dahulu menandatangani khidmat Matthew Steenvoorden serta mengekalkan khidmat Argzim Redzovic.

Jelas Tomislav Steinbruckner mempunyai perancangan cukup kukuh untuk menjadikan pasukan tersebut tampil lebih seimbang di segenap posisi berbanding tahun lalu.

Jangkaan anda, adakah Cools bakal menyertai Sang Penyu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN