5 Pemain Bola Sepak Tampil Selaku Peminat Fanatik Siri Dragon Ball

Siri Dragon Ball seperti diketahui merupakan sebuah karya fiksyen ciptaan mendiang Akira Toriyama yang sangat terkenal sejak awal kemunculan manga tersebut di Jepun sebelum melebarkan sayap di seluruh dunia.

Walaupun begitu, kejutan berlaku apabila Akira dilaporkan semalam sudah pun meninggal dunia pada usia 68 tahun bersama suatu legasi yang akan dikenang oleh seluruh peminat karya beliau tidak mengenal usia.

Dalam dunia bola sepak sendiri ada ramai pemain ternama yang menjadikan watak dalam siri Dragon Ball seperti Son Goku sebagai idola, dan mereka mengekspresikannya di atas padang dengan cara tersendiri.

Nama Goku boleh dianggap cukup besar dalam dunia hiburan animasi kerana perwatakannya yang sentiasa berusaha keras untuk mencapai sesuatu melalui latihan menjadi inspirasi buat kebanyakan pemain bola sepak.

Berikut merupakan senarai pemain bola sepak profesional yang mempamerkan rasa minat mereka kepada Dragon Ball di atas padang sehingga sesetengahnya dianggap begitu ikonik dalam kalangan peminat.

Pierre-Emerick Aubameyang

Aubameyang yang diketahui merupakan seorang penyerang yang gemar meraikan jaringannya dengan pelbagai gaya dan salah satu paling dikenang ketika beliau membuat gaya ikonik Goku (meletakkan dua jari ke dahi) serta sebelah tangan lagi mempamerkan salah satu bola naga.

Keraian itu dibuat Aubameyang sewaktu beliau meledak salah satu gol bersama Barcelona dengan kemenangan besar berpihak buat pasukan itu ketika mereka menewaskan Real Madrid 4-0

Aubameyang juga dikatakan turut memiliki tatu berwajah Goku di bahagian tubuhnya selain mempunyai but bola sepak khas Dragon Ball.

Andre-Pierre Gignac

Bekas penyerang kebangsaan Perancis ini juga merupakan salah seorang peminat fanatik siri Dragon Ball, dan telah pun mempamerkan gaya ‘kame hame ha’ yang sangat ikonik itu ketika meraikan gol bersama Tigres UANL musim 2016.

Malah, beliau juga dilaporkan memiliki tatu Dragon Ball di tubuhnya serta mengumpul beberapa koleksi siri animasi berkenaan kerana minat mendalam.

Mitchy Batshuayi

Rasanya, beliau boleh dikatakan sebagai pemain bola sepak yang menjadi peminat paling fanatik dalam dunia animasi Dragon Ball dan sudah pun dibuktikannya.

Menjadi seorang pemain profesional dan menerima gaji yang tinggi, apa sahaja dilakukan oleh pemain selain berbelanja hebat serta mempamerkan aset seperti kereta dan rumah.

Tetapi lain pula cerita Batshuayi apabila beliau menggunakan pendapatan beliau untuk mengumpul pelbagai koleksi figura Dragon Ball, termasuk patung Son Goku bersaiz manusia dalam bentuk Super Saiyan.

Faouzi Ghoulam

Lain orang lain cara mereka untuk mengekspresikan rasa minat kepada Dragon Ball, dan Faouzi tampil membuktikan diri beliau selaku salah satu peminat fanatik siri berkenaan dengan cara di luar akal.

Pada tahun 2015, Faouzi membuktikannya dengan mengenakan seluar dalam rekaan Dragon Ball dan tanpa sebarang pakaian lain, beliau beliau berlari di sekitar padang untuk meraikannya ketika Napoli menewaskan Wolfsburg.

Diego Rivarola

Bekas pemain Universidad de Chille ini tampil selaku antara peminat Dragon Ball dan kerap mempamerkannya menerusi setiap perlawanan jika ada keraian gol menerusi t-shirt di bahagian dalam jersi.

Malah beliau turut menyimpan beberapa lukisan watak-watak Dragon Ball yang sangat terkenal seperti Son Goku, Vegeta, serta Son Gohan dalam koleksinya.

Neymar dan Paul Pogba juga dikatakan merupakan peminat kepada siri Dragon Ball dengan masing-masing menunjukkan rasa fanatik menerusi fesyen rambut serta tatu untuk khalayak ramai.

Selain itu, kebanyakan pemain di Eropah kerap menggunakan cara ‘posing’ seperti watak-watak dalam animr tersebut ketika meraikan gol dan paling banyak digunakan iala teknik ‘fusion’ (gabungan antara dua individu dengan masing-masing menyentu hujung jari antara satu sama lain), serta ‘kame hame ha’.

Malah, Bakary Sako, Walter Gargano, Marcos Junior antara yang masing-masing mempamerkan kepada penyokong di luar mereka merupakan peminat setia kepada siri Dragon Ball.

Dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), nyata penyerang import baharu Selangor iaitu Ronnie Fernandez merupakan peminat setia siri tersebut, apabila beliau dilihat mengenakan tatu Son Goku di tubuhnya.

Pada jangkaan anda, ada mana-mana pemain Harimau Malaya lagi yang mempunyai rasa fanatik kepada siri Dragon Ball?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN