Aliff Aziz Antara Penyokong Fanatik Manchester United Di Malaysia

Aliff Aziz dilaporkan antara penyokong setia daripada jutaan orang ramai yang memberi sokongan padu buat kelab berpengaruh besar di England dalam saingan English Premier League (EPL) iaitu Manchester United.

Ianya dikongsikan sendiri melalui Stadium Astro dengan menyatakan Aliff sebagai antara penyokong fanatik The Red Devils dan dimaklumkan menerusi ciapan di media sosial X.

Melalui perkongsian dibuat oleh pemilik akaun Aliff Aziz di media sosial X, beliau kerap membuat ciapan kepada perkembangan semasa membabitkan Manchester United sebelum itu.

Walaupun begitu, Aliff Aziz yang dimaksudkan bukan seorang artis yang kini sedang hangat mencipta kontroversi di media hiburan, tetapi akaun tersebut dimiliki seseorang yang mempunyai nama sama seperti aktor tersebut.

Ini kerana aktor tersebut tidak pernah memuat naik sebarang kenyataan terdahulu yang menyatakan beliau sebagai antara artis atau individu berpengaruh di Malaysia yang memberi sokongan buat pasukan tersebut.

Walaupun begitu, masih ada selebriti lain yang merupakan penyokong fanatik kepada Man United dan ia sudah pun diketahui ramai kerana mereka mengekspresikannya menerusi media sosial.

Adik beradik KRU antara artis tempatan yang tampil selaku peminat Man United sejak sekian lama dan mereka bertiga sudah pun menjejakkan kaki ke Old Trafford suatu ketika demi memberi sokongan buat The Red Devils.

Selain itu Tomok, Black Mentor, Zizan Razak, Fattah Amin, Amar Bahrin, Ayda Jebat, dan ramai lagi turut memberikan sokongan padu selaku peminat kelab tersebut sejak sekian lama.

Tidak tertakluk kepada artis sahaja, ahli politik di negara ini juga rata-rata merupakan penyokong setia buat Man United dan sudah tentu Dato’ Sri Najib Tun Razak sendiri cukup dikenali ramai kerana fanatik akan pasukan itu.

Diikuti Khairy Jamaluddin, serta Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan peminat setia pasukan tersebut selain Harimau Malaya.

Reputasi Man United sejak dahulu yang cukup gah dalam dunia bola sepak profesional menjadikan ramai individu-individu berpengaruh termasuk artis menjadikan mereka terpikat untuk memberi sokongan sejak dahulu lagi.

Ketika ini, Man United bukanlah suatu kelab yang menakutkan lagi di Eropah selepas mereka tampil bergelut untuk mengekalkan prestasi walaupun sudah bersilih ganti bertukar pengurus kelab.

Malah, kehadiran ramai pemain-pemain bintang seperti Antony, Casemiro, Rasmus Hojlund, Andre Onana serta ramai lagi gagal untuk memastikan kelab itu konsisten dalam setiap persaingan diharungi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN