Ada Penyokong Pertikai Kualiti Import Baharu Negeri Sembilan?

Negeri Sembilan secara rasminya kini telah pun memperkenalkan khidmat pemain import baharu mereka dari Nigeria untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan iaitu Aliyu Abubakar.

Pengenalan itu dibuat secara rasmi melalui media sosial rasmi Negeri Sembilan dengan beberapa info mengenai Aliyu turut diselitkan sekali pada laman pasukan tersebut.

“Berasal dari Nigeria, pemain yang berumur 27 tahun ini beraksi bersama Khan Tengri FC dalam saingan Liga Premier Kazakhstan.

“Beliau telah beraksi sebanyak 38 perlawanan dan menjaringkan 1 gol pada musim 2023.

“Aliyu juga merupakan bekas anggota skuad remaja kebangsaan Nigeria yang menjuarai Piala Dunia FIFA B-17 pada 2013,” jelas kenyataan tersebut di media sosial mereka.

Tetapi, apa yang menarik perhatian segelintir netizen di ruangan komen ialah mengenai suatu fakta diletakkan oleh laman tersebut dengan menyatakan Aliyu hanya meledak satu gol daripada 38 perlawanan diharungi musim lalu.

Ada beberapa komen mempertikaikan kualiti yang mampu dibawa Aliyu bersama skuad Hoben Jang Hoben musim ini selepas melihat pada rekod jaringan tahun lalu dikongsikan oleh pasukan tersebut.

Tetapi tidak ramai penyokong di ruangan komen mengetahui Aliyu sebenarnya bukanlah pemain serangan, sebaliknya beraksi di posisi pertahanan tengah.

Ini kerana perkongsian pertama untuk pengenalan Aliyu, laman tersebut tidak menyatakan beliau beraksi di mana-mana posisi selain menyatakan rekod kelab serta jaringan sahaja.

Walaupun begitu, pendapat penyokong juga tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka sendiri tidak mengetahui pemain tersebut beraksi di posisi pertahanan pada awalnya.

Sebenarnya, kehadiran Aliyu boleh dianggap sesuatu cukup bagus buat Negeri Sembilan di posisi pertahanan mereka menerusi rekod serta pengalaman beliau sebelum itu bersama kelab serta pasukan antarabangsa.

Malah, Aliyu juga merupakan rakan sepasukan kepada bintang handalan seperti Kelechi Iheanacho ketika itu sebelum membuka mata beberapa kelab untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Sepanjang bergelar pemain profesional, Aliyu telah pun menyertai banyak kelab di serata negara seperti Bosnia & Herzegovina, Kazakhstan, Finland, Georgia serta lain-lain.

Sehingga kini, Negeri Sembilan sah menandatangani empat pemain import iaitu Aliyu, Takumi Sasaki, Jacque Faye, serta tonggak Myanmar yang dipinjamkan oleh Selangor iaitu Hein Htet Aung.

Saat ini, penyokong Hoben Jang Hoben masih lagi ternanti-nantikan jurulatih baharu mereka untuk musim 2024/2025 dengan difahamkan seorang jurulatih tempatan bakal mengisi kekosongan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN