Jack Wilshere: Prospek Masa Depan England Kini Sekadar Penganggur Terhormat

Jack Wilshere England

Langit tak selalu cerah, awan pula tak selalu mendung. Mungkin itulah nasib Jack Wilshere, pemain yang pernah dicanang sebagai prospek masa depan England tetapi kini terkapai-kapai tanpa pasukan selepas kontraknya bersama West Ham United ditamatkan dengan persetujuan bersama.

Selepas meninggalkan Arsenal pada dua tahun lepas, beliau hanya membuat 19 penampilan bersama The Hammers dan kali terakhir kelibatkan kelihatan beraksi di atas padang adalah pada Ogos 2019.

Bercakap kepada BBC Sport, pemain tengah England itu mengakui dengan situasi sekarang, beliau khuatir namanya akan dilupakan oleh peminat bola sepak selepas terlalu lama ‘hilang’ daripada radar.

Wilshere pernah digelar sebagai ‘budak emas’ dalam bola sepak Inggeris dan telah mengumpul 34 kaps bersama skuad kebangsaan England sejak membuat debut ketika berusia 18 tahun. Beliau juga merupakan anggota skuad negaranya di kejohanan Piala Dunia 2014 dan Euro 2016.

Namun segalanya nampak serba tidak kena selepas beliau mula dilanda beberapa siri kecederaan sejak lima tahun lepas sehingga ada yang memanggilnya ‘kaki kaca’. Keadaan tersebut telah mengehadkan penampilannya bersama pasukan.

“Orang mungkin dah lupa yang saya baru berusia 28 tahun. Mungkin semua orang ingat umur saya dan 30 atau 31, kemungkinan sebab saya sudah mula bermain ketika saya 16 tahun. Bermakna sudah 12 tahun berlalu dan dalam bola sepak tempoh itu cukup lama,” ujarnya.

Wilshere mengatakan beliau terpaksa meninggalkan West Ham kerana tidak mahu berdepan dengan satu lagi musim dengan terus diketepikan tanpa harapan untuk diturunkan dalam mana-mana perlawanan.

Oleh yang demikian, pemain berusia 28 tahun itu kini sedang bekerja keras untuk memastikan tahap kecergasannya berada pada tahap terbaik dengan melakukan latihan di taman awam bersama beberapa orang rakannya.vsupaya beliau dapat mencari kelab baharu.

Baginya amat penting untuk kembali bermain sekalipun bersama pasukan yang beraksi di liga amatur seperti ‘Sunday League’ supaya dapat kembali bekerja bagi menyara keluarganya di mana beliau kini sudah mempunyai empat orang cahaya mata.

Selepas kontraknya ditamatkan pada hari terakhir jendela perpindahan dibuka tempoh hari, beliau kini merupakan pemain ejen bebas dan boleh menyertai mana-mana pasukan pada bila-bila masa.

Namun Wilshere menegaskan dia tidak mahu kesilapan menyertai pasukan yang salah seperti West Ham berulang lagi kerana matlamat utamanya adalah untuk bermain sekerap yang mungkin.

“Penting untuk bersama pasukan yang betul di negara yang betul. Saya terbuka untuk menyertai mana-mana pasukan di Eropah. Saya adalah jenis pemain yang sentiasa mahu bola berada di kaki saya, jadi saya mahu pasukan yang corak permainannya mendominasi penguasaan bola.

“Saya bukanlah terlalu naif untuk merasakan selepas menyertai pasukan baharu saya boleh terus bermain, akan ada proses yang perlu dilalui. Kamu perlu menjalani latihan dengan pasukan, kenali cara permainan rakan sepasukan kamu dan mungkin perlu bermula di bangku simpanan dahulu.”

“Semua pemain akan melalui proses tersebut dan apa yang lebih penting adalah menyertai pasukan yang betul.”

Bak kata pepatah Melayu, kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut pun menjadi pulau.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Sebenarnya Man United Tak Perlukan Donny Van de Beek

Fabinho: Saya Kena Buat Apa Yang Sentiasa van Dijk Lakukan

De Gea Kembali Ke Prestasi Terbaik Kerana Tergugat Dengan Henderson

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN