Jaap Stam Dilantik Sebagai Pengurus Kelab MLS, FC Cincinnati

Jaap Stam

kelab MLS, FC Cincinnati telah mengumumkan pelantikan bekas pemain pertahanan kental Manchester United, Jaap Stam sebagai ketua jurulatih dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Bekas pemain skuad kebangsaan Belanda itu menggantikan Ron Jans yang meletakkan jawatannya sebagai pengurus pada Februari ekoran kontroversi mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman ke atas pemain.

Stam yang menandatangani kontrak sehingga 2021 dengan pilihan tambahan setahun lagi untuk musim 2022 akan mengambil alih pasukan yang melalui musim terburuknya pada tahun lepas.

Pasukan itu juga tewas dalam dua perlawanan pertama musim ini sebelum liga ditangguhkan ekoran pendemik COVID-19 yang memberi kesan buruk di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk terjejas.

“Untuk saya ini adalah peluang terbaik untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejurulatihan di Amerika terutamanya bekerja untuk kelab seperti FC Cincinnati, ianya satu impian,” ujar Stam dalam satu kenyataan media.

“Saya sentiasa sukakan negara ini dan satu senang dengan mentaliti masyarakat di sini yang gigih mencuba untuk mencapai sesuatu,”

Jurulatih berusia 47 tahun itu sempat beraksi selama tiga tahun bersama Manchester United dan membantu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meraih gelaran treble pada 1999 sebeum menyertai Lazio dan AC Milan.

Stam sebelum ini telah meletakkan jawatan sebagai pengurus Feyenoord pada Oktober selepas hanya lima bulan mengendalikan kelab Belanda berkenaan.

“Kami gembira dan berbesar hati apabila berjaya mendapatkan Jaap Stam menjadi ketua jurulatih FC Cincinnati yang baharu,” kata pengurus besar kelab, Ferard Nijkamp.

“Beliau mempunyai latar belakang yang hebat dalam bidang ini dan meraih pelbagai kejayaan sebagai pemain. Diharapkan dalam tempoh transisi ini, pengalamannya dapat digunakan untuk membimbing pasukan sebagai ketua jurulatih.”

Bagaimanapun berlaku insiden lucu apabila FC Cincinnati tersalah memuat naik gambar pada poster pengumuman pelantikan Jaap Stam dengan meletakkan gambar lelaki berkepala botak yang lain iaitu jurulatih skuad remaja Ajax, Tinus van Teunenbroek sebelum memadamnya dan menggantikan dengan gambar yang betul.

Namun kejadian tersebut telah menjadi bahan ketawa netizen terutamanya di Twitter yang kemudiannya ada yang membuat poster-poster ‘meme’ lelaki berkepala botak lain. Malah ada juga yang meletakkan wajah aktor Johnny Sins.

https://twitter.com/lflo1899/status/1263563437466140677?s=20

Kredit Foto: FC Cincinnati

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jaap Stam:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN