Ivan Perisic Beri Isyarat ‘Dapatkan Saya’ Kepada Bayern Munich

Pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic mengakui keinginan untuk aksi di England dan Sepanyol. Beliau turut mengakui akan mempertimbangkan sebarang tawaran dari Bayern Munich.

Perisic yang berusia 29 tahun adalah bintan Piala Dunia Croatia, dan telah dikaitkan dengan perpindahan dari Itali sejak beberapa jendela perpindahan yang lalu.

Rating

Pada musim panas 2017, pemain sayap itu hampir menyertai Manchester United, namun kegagalan kedua-dua kelab untuk mencapai persetujuan untuk yuran perpindahan menyaksikan Perisic kekal bersama Inter Milan.

Beliau kemudiannya menyambung kontrak baharu bersama gergasi Milan itu pada musim lalu.

“Saya mahu menguji kebolehan diri saya di liga utama dunia. Soalan utama sekarang ialah adakah saya mempunyai masa untuk melakukan sedemikian?”

“Saya sudah berusia 29 dan berusaha untuk meneruskan karier selama yang boleh,” ujar Perisic seperti yang dipetik daripada ESPN.

“Benar, saya berminat untuk beraksi di England atau Sepanyol tetapi adakah saya mempunyai masa untuk berbuat demikian?”

“Saya mendengar ada kelab berminat untuk mendapatkan saya, tetapi mereka harus melakukan rundingan dan membuat keputusan.”

“Dan jika saya mahu meninggalkan Inter, ia harus ke liga utama dan juga kepada sebuah kelab besar. Saya gembira di Inter, tetapi apa pun boleh terjadi di dalam bolas sepak.”

(Photo by Maja Hitij/Bongarts/Getty Images)

Perisic pernah beraksi di Jerman bersama Borussia Dortmund dan Wolfsburg namun cukup gembira jika dapat bekerja bersama Niko Kovac di Allianz Arena.

“Kovac mempunyai pengaruh yang besar kepada karier saya. Saya beraksi dengan baik bersama Croatia ketika di bawah kendalian beliau.”

“Saya ucapkan tahniah atas segala pencapaian beliau. Dan jika Kovac mahukan saya, mereka tahu bagaimana untuk menghubungi saya.” tambah Perisic lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN