Manchester United Dijangka Tandatangani Alderweireld Selasa Ini

Pengerusi Tottenham Hotspur, chairman Daniel dikatakan meminta £60 juta daripada Man. United untuk bek tengah Belgium Toby Alderweireld.

Harga itu dikatakan sepadan dengan aksi cemerlang bek tengah itu musim lalu dan juga pada Piala Dunia 2018. Namun Alderweireld hanya ada baki kontrak setahun lagi di Spurs.

Manchester United kini cuba mengintai peluang untuk mendapatkan harga lebih murah untuk pemain tersebut sebelum jendela perpindahan tamat.

Levy dikatakan sanggup menerima bayaran lebih rendah daripada kelab luar England namun untuk kelab seteru di EPL, £60 juta adalah harga yang diletakkannya.

Pete Graves daripada Sky Sports’ Transfer Talk, yakin yang Alderweireld akan menjadi pemain Manchester United dalam masa 48 jam, ataupun menjelang Selasa ini.

Graves merasakan, Spurs akan cuba mendapatkan sebanyak mana wang yang mungkin daripada Alderweireld yang dalam tahun akhir kontrak beliau.

Graves juga berpendapat bahawa £50 juta adalah harga terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Jose Mourinho sebelum ini bengang dengan Ed Woodward yang gagal memberikan beberapa pemain yang beliau kehendaki. Dalam sidang media beliau di Amerika Syarikat sebelum ini, Mourinho berkata ada 5 nama beliau mahukan.

Mourinho
MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 29: Jose Mourinho, Manager of Manchester United looks on during the Premier League match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on April 29, 2018 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Namun dalam situasi sekarang ini, Mourinho sangat berharap mendapat 2 pemain yang beliau mahukan. Man. United dikaitkan juga dengan Harry Maguire, namun harga pemain itu dirasakan mereka agak mahal.

Spurs kini sedang mengintai oengganti kepada Alderweireld iaitu pertahanan Getafe, Djene yang diletakkan tanda harga £31 juta.

Djene sebelum ini dikaitkan dengan Barcelona dan Atletico Madrid. Oleh sebab itu, harga pemain itu agak mahal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN