“Itulah Aksi Terakhir Dia” – Benarkah Dakwaan Terhadap Carli de Murga Ini?

Carli de Murga Twitter JDT Terengganu

Baru sahaja diumumkan sebagai pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Carli de Murga seperti didakwa membantu memberi laluan kepada Harimau Selatan mara ke pentas final dalam Piala Malaysia 2021.

Beliau adalah kapten buat Terengganu FC dan JDT adalah lawan mereka di peringkat separuh akhir. Dalam separuh akhir pertama antara kedua-dua pasukan, Terengganu dan JDT terikat 1-1 di Kuala Terengganu.

Ia pertembungan yang panas dan Terengganu terlebih dahulu membuka jaringan oleh Jordan Mintah seawal minit ke-8 menerusi tandukkan hasil hantaran dari sebelah kiri oleh Lee Tuck menewaskan Farizal Marlias.

Piala Malaysia: Aksi Panas Terengganu-JDT Berakhir Dengan Seri

Penyerang JDT, Bergson akhirnya membuka tirai jaringan buat pasukannya pada minit ke-50 setelah menerima umpanan cantik daripada Arif Aiman untuk menewaskan Suhaimi Husin membantu JDT mengikat kedudukan.

Menurut satu ciapan oleh pemerhati bola sepak tempatan, Piang Shankly, beliau memberi bayangan tentang seorang pemain sebuah pasukan semifinalis yang menjadi ‘punca’ kepada perubahan keputusan perlawanan.

Carli de Murga dakwaan Piang Shankly
FOTO: Twitter

Semi final. Game panas. Leading 1 gol at HT. Masuk dressing room, boleh dia jawab call! WTF? Call dari siapa?” ciap Piang Shankly yang kemudian mendakwa bek tengah itu ‘menghadiahkan’ gol penyamaan kepada JDT.

“5 minit lepas second half, senang je striker lawan lalu depan dia dan score. Minit ke-76, kena langgar sikit je, terus terbaring, siap medic team lawan yang sampai dulu dan itulah aksi terakhir dia,” ciapnya lanjut di Twitter.

Jika diamati, gambaran yang diberikan Piang Shankly mirip kepada salah satu aksi separuh akhir Piala Malaysia 2021 melibatkan JDT dan Terengganu dan pemain yang didakwa melakukannya itu sepertinya Carli de Murga.

Tidak pasti sama ada dakwaan ini ada asasnya dan sehingga artikel ini ditulis, dilihat masih belum ada jawapan balas daripada pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenainya. Adakah Carli de Murga terlibat menyebabkan pasukannya telah dibolosi JDT pada minit ke-50 tersebut?

Twitter Piang Shankly 2 Carli de Murga
FOTO: Twitter

Dalam separuh akhir kedua yang menyaksikan Sang Penyu tumbang 0-3, beliau sudah tidak lagi beraksi dan mengejutkan apabila beliau tidak disambung kontrak baharu walaupun boleh dikatakan beraksi baik musim ini.

Sebelum ciapan itu, Piang Shankly turut mengatakan ‘jangan sign lagi player-player Kiko Insa’ merujuk kepada Carli de Murga. Semakan di laman Transfermarkt mendapati bek tengah Filipina itu merupakan pemain di bawah kendalian agensi Kiko Insa iaitu agensi Ruiz & Gomez. Dan siapa lagi pemain diuruskan mereka?

Antara pemain yang diuruskan agensi tersebut dan beraksi di Liga Malaysia adalah seorang lagi pemain baharu JDT, Bienvenido Maranon selain Fernando Rodriguez, Levy Madinda (Sabah FC) dan Petrus Shitembi yang juga merupakan bekas pemain Terengganu yang langsung tidak dapat diturunkan beraksi pada musim lalu.

Menariknya, Petrus Shitembi mengalami ‘kecederaan serius’ ketika aksi pra-musim di Johor Bahru. Selepas itu, tiada lagi kelibatnya dan menamatkan karier pendeknya bersama Sang Penyu, belum sempat beraksi langsung.

Apa pun, kita masih menanti jawapan balas kepada dakwaan ‘berat’ ini. Carli de Murga telah pun sah menjadi pemain baharu JDT untuk musim akan datang. Jika benar dakwaan ini, ia menambah ‘buruk’ arena bola sepak negara yang sudah sedia ada ‘buruk’. Mengapa situasi ini boleh berlaku dan adakah ia akan terus berlaku?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN