Itali gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Puala Dunia pada tahun ini selepas dikejutkan oleh Macedonia Utara dalam perlawanan yang berlangsung pada awal pagi tadi.
Berstatus juara eropah, Itali tersingkir apabila tewas melalui gol tunggal perlawanan jaringan Aleksander Trajkovski pada masa kecederaan.
Kekalahan tersebut bermakna Itali tewas perlawanan separuh akhir play-off. Macedonia Utara pula akan ke Portugal untuk perlawanan akhir play-off pada minggu hadapan.
Untuk rekod ini adalah kali kedua Itali gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia sejak 1958, selepas tewas kepada Sweden di pusingan kelayakan Piala Dunia 1998.
Nasib si juara eropah
Hanya lapan bulan yang lalu skuad kendalian Roberto Mancini meraikan antara pencapaian terhebat mereka – menewaskan England di Wembley untuk bergelar juara Euro 2020.
Tetapi kini mereka terpaksa membayar harga yang tinggi selepas corak permainan yang seperti kehilangan arah kerana kekurangan kreativiti untuk menghukum lawan.
North Macedonia stopping Italy from reaching the World Cup like… pic.twitter.com/HPJrFUGDM6
— ODDSbible (@ODDSbible) March 24, 2022
Seperti dijangka Itali sememangnya mendominasi perlawanan tetapi gagal melakukan hantaran yang mampu membunuh pertahanan Macedonia.
Daripada 32 percubaan yang dilakukan oleh Itali dalam perlawanan tersebut, hanya lima yang menepati sasaran.
Pahlawan Macedonia Utara
Ibarat David menentang Goliath. Pasukan pelawat yang berada di kedudukan ke-67 dunia pula menampilkan aksi bertahan penuh berdisiplin.
Kejayaan tersebut bermakna Macedonia Utara akan berhadapan Portugal di perlawanan akhir play-off selepas bekas juara eropah itu menewaskan Turki 3-1.
NORTH MACEDONIA IN THE 92ND MINUTE! 🇲🇰
ITALY AREN'T GOING TO THE 2022 WORLD CUP 🤯 pic.twitter.com/S0N7rsI0R4
— GOAL (@goal) March 24, 2022
Secara tiba-tiba Mekedonia kini menjadi tumpuan dan hanya 90 minit menjarakkan mereka daripada layak ke Piala Dunia buat kali pertama di dalam sejarah negara itu.
Selepas wisel penamat ditiupkan, ramai pemain Itali dilihat menangis, tatkala pihak lawan rancak meraikannya.
Juara dunia empat kali, Itali yang kini sedang menduduki tangga ke-6 dunia hanya sekadar mampu menyaksikan kejohanan di Qatar daripada kaca televisyen pada November dan Disember akan datang.