“Akhyar Punyai Permainan Yang Bagus” – Kim Pan Gon

Pemain sayap kiri negara, Akhyar Rashid nyata berjaya menarik perhatian pengendali baharu skuad kebangsaan iaitu Kim Pan Gon setelah pemain itu berjaya mempamerkan aksi yang sangat lincah dan tajam di hadapan gol dalam aksi persahabatan Malaysia menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Sinapura itu, nyata Akhyar berjaya memberi kejutan buat para penyokong dengan aksi cemerlang beliau meledak dua gol buat pasukan negara selain aksi yang sangat licik untuk mengelirukan pertahanan lawan.

Jelas Pan Gon, beliau percaya para pemain lain juga mempunyai ruang untuk membuktikan mereka juga cemerlang selaku pemain kebangsaan setelah melihat kualiti yang baik daripada pemain tonggak serangan Johor Darul Takzim (JDT) itu beraksi.

“Akhyar mempunyai permainan yang bagus tetapi saya dapat lihat semua pemain Malaysia mempunyai kualiti mereka sendiri. Mereka harus percaya pada diri mereka sendiri bahawa mereka cukup baik,” katanya pada sidang media selepas aksi itu menerusi Harian Metro.

Dalam masa sama, bekas jurulatih kebangsaan Hong Kong itu juga mengakui para pemain bawah kendaliannya masih memerlukan masa untuk mengikuti kehendak falsafah yang ingin diterapkan dalam permainan.

Namun begitu, beliau tetap berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh para pemain dan memuji sikap bersungguh-sungguh yang dipamerkan mereka dalam sesi latihan untuk mengikut kehendak corak permainan baharu.

“Saya teruja untuk permainan ini. Untuk seminggu terakhir di kem latihan, pemain menunjukkan keinginan mereka. Saya menghargai pemain yang bekerja keras sebagai satu pasukan. Mereka berusaha keras untuk mengikuti struktur pasukan.

“Sukar untuk saya jelaskan tetapi kami mempunyai model permainan kami sendiri. Kami cuba langkah demi langkah,” katanya yang menekankan corak permainan berintensiti tinggi dalam aksi itu.

Dalam aksi pertama skuad negara tahun ini, nyata Akhyar Rashid tidak menunggu lama untuk mencipta nama bawah kejurulatihan Pan Gon apabila pemain ini berjaya meledak dua gol buat Harimau Malaya di separuh masa pertama permainan.

Dua gol serta corak permainan yang lebih mantap oleh skuad kebangsaan itu umpama amaran awal mengenai pasukan ini sudah bersedia untuk bangkit kembali pada tahun ini setelah beraksi dengan agak suram pada tahun lalu bawah kejurulatihan Tan Cheng Hoe.

Sabtu ini, skuad kebangsaan bakal membuat perhitungan bersama pasukan tuan rumah iaitu Singapura dalam aksi tiga penjuru tersebut sebelum aksi terakhir mereka untuk menentang kelab tempatan iaitu Albirex Niigata pada Isnin depan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN