Pemain Skuad AMD, Saiful Ezzudin Meninggal Dunia Akibat Lemas

Berita duka untuk sukan bola sepak Malaysia selepas salah seorang pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Muhammad Saiful Ezzudin Bin Mustafa telah meninggal dunia petang tadi.

Pemain skuad AMD bawah 14 tahun itu telah hilang ketika mandi sungai di kawasan berhampiran rumahnya di Baling, Kedah petang semalam.

Pada ketika ini, arwah bersama semua pelatih di bawah usia 14 dan 15 tahun sedang berada di kampung halaman masing-masing kerana berehat cuti semester.

Mereka mula bercuti pada 19 Mac lalu dan dijangka akan kembali ke pusat latihan pada 27 Mac nanti.

Usaha pencarian untuk mencari Muhammad Saiful Ezzudin awalnya giat dilakukan oleh pihak polis dan bomba dan lapoean terbaru mendapati arwah telah ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Arwah ditemui dalam ban pasir di Kampung Sungai Limau oleh anggota pasukan mencari dan penyelamatan pada jam 5.45 petang hari ini.

Beliau dikatakan telah dihanyutkan oleh arus deras ketika mandi di sungai tersebut bersama rakan-rakannya petang semalam.

Menurut sumber laporan dari Harian Metro yang sempat menemu bual Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan 11, Rahimi Ali berkata, mangsa ditemukan dalam tempoh 27 jam selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Laporan sama turut mendedahkan yang mayat ditemukan kira-kira sekitar 10 kilometer dari tempat di mana beliau dilaporkan mandi bersama empat rakannya yang lain di Kampung Padang Temu, Batu 48, Bongor.

“Hujan lebat dan arus sungai deras dipercayai menyebabkan mangsa dihanyutkan kira-kira 10 km. Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,”

Jelas Rahimi Ali kepada Harian Metro.

Berkat doa ramai, arwah berjaya juga ditemui walau sudah tidak bernyawa selepas pihak bomba seharian mencarinya bermula petang semalam.

Usaha mencari hanya dihentikan seketika sahaja malam semalam dek kerana masalah cuaca dan keadaan yang sangat gelap.

Usaha pencarian diteruskan pada awal pagi tadi dan akhirnya arwah ditemui pada petang ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah dengan menyatakan:

“Salam Takziah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Saiful Ezzuddin Mustafa, pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 14 tahun.”

Di kesempatan ini, keluarga Semuanya Bola juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Muhammad Saiful Ezzudin bin Mustafa dan semoga kesemua ahli keluarga tabah dengan dugaan yang sedang dihadapi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN