Isu Keganasan Penyokong Lawan, Pengurus PSM Makassar Adu Kepada Pihak AFC

Pengurusan PSM Makassar jelas kecewa dengan insiden yang berlangsung baru-baru ini selepas aksi final peringkat zon Asia Tenggara Piala AFC, apabila para penyokong mereka telah diserang seusai perlawanan.

Insiden keganasan penyokong tuan rumah buat pasukan lawan itu jelas diambil serius oleh pasukan pelawat apabila mereka mahu melaporkan perkara tersebut kepada pihak AFC.

Hasil insiden tersebut, beberapa penyokong lawan mengalami kecederaan luar agak serius serta beberapa kerosakan pada bas yang membawa mereka.

Kejadian tersebut berlaku selepas para penyokong pelawat dalam perjalanan pulang untuk menaiki bas selepas perlawanan tamat di kawasan berhampiran Stadium KLFA, Cheras.

Walaupun Kuala Lumpur City (KL City) berhasil mencatat kemenangan 5-2 keatas lawan, nyata masih ada segelintir penyokong tuan rumah yang melakukan perkara terkutuk berkenaan dan menyebabkan imej pasukan tercemar.

Menerusi video yang tersebar di media sosial sebelum itu, beberapa pergaduhan telah tercetus dengan bas yang membawa penyokong PSM Makassar turut mengalami kerosakan selain ada yang tercedera setelah dilempay objek keras.

Syahrir Nawi selaku pengurus PSM Makassar menganggap situasi tersebut tidak mencerminkan semangat kesukanan dalam bola sepak.

Beliau menegaskan mengenai pihak mereka bakal melaporkan perkara tersebut kepada AFC dan meminta supaya diadili sebaiknya.

“Pengurusan PSM Makassar jelas tidak berpuas hati dengan insiden yang berlaku selepas perlawanan kepada para penyokong kami.

“Untuk memberi reaksi kepada perkara tersebut, kami secara rasmi akan melaporkannya kepada pihak AFC.

“Menerusi insiden yang menimpa para penyokong PSM Makassar, kami daripada pihak pengurusan tidak menyebut mereka sebagai penyokong tuan rumah, sebaliknya digelar orang awam,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Setakat ini, pihak pengurusan pasukan masih lagi menyiasat dan mendapatkan data seramai mungkin para penyokong mereka yang diserang.

Pihak PSM Makassar juga meminta bantuan orang ramai yang melihat perkara tersebut supaya segera melaporkan kepada mereka untuk mendapatkan data penuh.

“Sementara kami masih mengenal pasti berapa orang mangsa kejadian, diharap orang ramai yang melihat perkara tersebut turut membantu dengan memberi maklumat pada wakil pasukan,” terang Syahrir.

Untuk rekod, kebanyakan penyokong PSM Makassar hadir pada perlawanan tersebut rata-ratanya merupakan pekerja yang menetap di sekitar kawasan tersebut.

Hanya beberapa orang sahaja penyokong pelawat yang hadir dari Indonesia untuk memberi sorakan buat pasukan kesayangan mereka.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN