Isu Ifedayo Pinjaman Dari JDT, Melaka United Pertimbang Tindakan Undang-Undang

Ifedayo pinjaman JDT (2)

Adakah benar penjaring terbanyak Liga Super dua musim berturut-turut, Ifedayo Olusegun hanya berstatus pinjaman daripada JDT sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana, Berita Harian, semalam?

Melaka United menerusi Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Wira Justin Lim sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan yang melaporkan tentang status Ifedayo Olusegun.

Saat ini sedang tersebar secara meluas mengenai status kontrak penyerang import, Ifedayo Olusegun yang dikatakan hanya pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan tidak dapat diturunkan dalam aksi malam ini.

Melaka United dan JDT akan bertembung dalam perlawanan tertunda minggu ke-6 di Stadium Hang Jebat.

Sebelum itu, menerusi satu laporan portal Berita Harian, Ifedayo dikatakan tidak dapat beraksi malam ini oleh pengendali, Asri Ninggal dan bakal digantikan oleh bekas penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha.

Memetik daripada portal itu, Asri dikatakan berkata Ifedayo bersama Fadhli Shas dan Syazwan Andik adalah antara tunjang utama Melaka United musim ini, namun mereka tidak dapat diturunkan kerana status pinjaman sekali gus ketiadaan mereka amat dirasainya anak buahnya. Yang menjadi persoalannya adalah situasi Ifedayo.

Ini kerana, Fadhli Shas dan Syazwan Andik memang adalah pemain pinjaman dari JDT untuk saingan musim ini. Namun, mengapa nama Ifedayo turut disebutkan Asri apabila bercerita tentang kedua-dua pemain tersebut?

Ifedayo pinjaman JDT
FOTO: Melaka United

Menjadi kelaziman buat JDT apabila meminjamkan pemainnya, mereka disertakan klausa tidak boleh bermain apabila menentang skuad Harimau Selatan itu. Jadi, jika itu halnya, mungkin Asri bercakap perkara sebenar.

Ini kerana, Asri tidak bercerita tentang status kecederaan yang mungkin menimpanya, namun terus bercerita bersama-sama dua lagi pemain pinjaman yang tidak dapat diturunkan dalam aksi Liga Super malam nanti.

Begitupun, Justin selaku CEO Melaka United menegaskan bahawa Ifedayo adalah pemain berkontrak penuh bersama mereka dan kesal dengan kenyataan putar belit oleh media tersebut yang sedang tular ketika ini.

“Kelab Bolasepak Melaka United FC dengan ini ingin menegaskan laporan berkenaan adalah tidak tepat dan telah diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar oleh Pemangku Ketua Jurulatih, Mohd Asri Ninggal.”

“Kami ingin menegaskan bahawa Ifedayo adalah pemain yang berkontrak penuh bersama Melaka United FC sejak awal musim ini dan bukan berstatus pinjaman dari JDT seperti dua lagi pemain iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik.”

“Sehubungan itu, Melaka United FC akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada wartawan yang melaporkan.”

Datuk Wira Justin Lim, Facebook Melaka United

Namun, tidak dijelaskan lebih lanjut mengapa Asri berkata Ifedayo tidak dapat turun beraksi pada malam ini. Penyokong berharap pemain itu akan dapat diturunkan berdepan JDT bagi menangkis khabar angin sebegini.

Dan penyokong juga menanti tindakan undang-undang terhadap laporan tersebut yang dikatakan tidak benar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN