Isu FFP, Guardiola Yakin Dengan Kelab Beliau

Pep Guardiola memberitahu media bahawa beliau yakin sepenuhnya kepada kelab beliau – Manchester City – dalam isu dakwaan mereka melanggar Financial Fair Play (FFP).

Presiden Uefa, Alexsander Ceferin memberitahu wartawan di Berlin bahawa siasatan ke atas Man. City akan dilakukan dan kelab itu tidak akan terlepas daripada hukuman sekiranya didapati bersalah melakukan doping kewangan.

Ceferin berkata, Uefa kini menunggu bukti daripada badan siasatan bebas. Jika ada bukti konkrit, baru Uefa akan menjalankan tugas berdasarkan kapasiti mereka.

Man. City sudah menafikan tuduhan oleh Der Spiegel itu dan menyatakan laman tersebut ada niat jahat ke atas City untuk memburukkan reputasi kelab tersebut yang bersih.

City merujuk bersih kepada keputusan Uefa sebelum ini yang mengiktiraf kelab itu tidak melakukan sebarang kesalahan FFP. Man. City pernah dikenakan tindakan selepas salah laku pada 2014. Mereka dihadkan pendaftaran pemain dalam UCL kepada hanya 21 orang.

Uefa sudah memberikan amaran, jika Man. City didapati bersalah melanggar FFP pada kali ini, mereka boleh dikenakan penggantungan daripada menyertai UCL.

Guardiola mengakui beliau ada mendengar akan berita panas ini. Namun Guardiola percaya kelabnya tidak akan melakukan salah laku.

Beliau berkata: “Uefa melakukan tugas mereka. Jika mereka mendapati ada sesuatu tak kena, kelab ini akan mengeluarkan kenyataan. Dan saya suka dengannya kerana kami tahu bagaimana perkara ini akan berakhir.”

Manchester City’s Spanish manager Pep Guardiola reacts ahead of the UEFA Champions League second leg quarter-final football match between Manchester City and Liverpool, at the Etihad Stadium in Manchester, north west England on April 10, 2018. / AFP PHOTO / Anthony Devlin (Photo credit should read ANTHONY DEVLIN/AFP/Getty Images)

“Jika ada perkara yang betul kita akan tahu. Jika kami melakukan perkara tak betul, orang boleh berhenti bercakap tentangnya [selepas semua ini selesai].”

“Saya mempercayai kelab saya dan organisasi kelab saya. Jika ada perkara yang tak kena, mereka akan memaklumkan kepada kami.”

Dalam perkembangan lain, Guardiola belum pasti akan kondisi kecergasan Aguero. Pemain itu mungkin terlepas aksi menentang Chelsea selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN