Emmanuel Petit: “Yang Ada Di Man. United Itu Bukan Alexis Sanchez Tetapi Abangnya”

Legenda Arsenal dan Perancis, Emmanuel Petit berjenaka tentang Alexis Sanchez. Beliau berkata yang ada di Man. United sekarang bukan Alexis Sanchez – tetapi abang Sanchez.

Petit agak pelik dengan prestasi Sanchez di Man. United sedangkan beliau mendapat apa yang beliau mahukan di Old Trafford iaitu gaji yang lumayan.

Emmanuel Petit juga berpendapat, Alexis Sanchez adalah liabiliti terbesar Man. United dalam kempen musim ini. Beliau membebankan pasukan. Sanchez gagal memberikan sumbangan lebih baik kepada Man. United.

“Apabila pengurus melihat anda daripada bangku simpanan, anda haruslah menunjukkan rasa bangga anda di dalam padang – dengan prestasi terbaik. Dan pertamanya, Alexis Sanchez yang kita kenali dahulu sedang ‘bersembunyi’.”

“Beliau dahulu mahu meninggalkan Arsenal kerana mengejar gaji yang tinggi ditawarkan oleh Man. United. Kini beliau sudah menerima wang itu. Dan kini sudah 9 bulan, apa yang beliau lakukan? Tiada! Saya ‘tak nampak’ pun beliau. Mungkin Man. United terbeli abang beliau.”

“Saya faham para pemain mencari wang yang banyak sebagai balasan di atas kerja keras mereka untuk sampai ke sesuatu tahap. Namun apa yang berlaku pada Sanchez hari ini di United adalah tidak boleh diterima [selepas beliau menerima apa yang beliau inginkan].”

Manchester United’s Alexis Sanchez and manager Jose Mourinho during the Emirates FA Cup semi-final match at Wembley Stadium, London. (Photo by Adam Davy/PA Images via Getty Images)

Petit juga berharap Sanchez lebih sensitif untuk membalas jasa Mourinho yang berterusan menyokong beliau walaupun dihujani serangan media dan penyokong – kerana prestasi tidak menentu para pemain utama Man. United.

Selain daripada Sanchez – Petit percaya beberapa nama lagi juga harus membalas kepercayaan Mourinho. Mereka ialah Paul Pogba, Anthony Martial, Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Luke Shaw.

“Mungkin ada sesetengah pemain letih dan tak selesa dengan cara Mourinho bekerja. Namun kamu tahu beliau adalah pengurus yang melakukan perkara untuk memenangi trofi. Anda suka atau tidak dengan Mourinho, beliau membuktikan rekod beliau sebagai seorang pemenang sejati dengan rekod karier beliau.”

Petit mengambil contoh pasukan Perancis pada Piala Dunia lalu di mana para pemain membalas kepercayaan Didier Deschamps. Ini selepas pengurus itu dikritik kerana pemilihan pemain. Deschamps mempertahankan beberapa pemain beliau yang dituduh tidak cukup bagus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN