Isu Etnik Uighur: Penyokong Di China Buang, Bakar Jersi Ozil & Arsenal Sebagai Protes

Penyokong bola sepak di China dilaporkan membakar jersi Arsenal dan menuntut agar kelab tersebut memecat Mesut Ozil, selepas pemain itu mengkritik secara terbuka bagaimana Kerajaan China melayan etnik muslim Uighur di Xinjiang.

Ozil kebiasaannya jarang menggunakan media sosial, pada Jumaat lalu melakukan muat naik di Instagram mengenai etnik Uighur, dan menyifatkan mereka sebagai “pejuang yang menentang penganiayaan”.

Muat naik tersebut turut berlatarbelakangkan bendera Republik Timur Turkestan yang tidak bertahan, selepas menjadi wilayah Xinjiang yang dimiliki oleh China.

“Al Quran telah dibakar…masjid diarah untuk tutup…sekolah Muslim tidak dibenarkan beroperasi…guru agama telah dibunuh seorang demi seorang…dan ramai muslimin telah dihantar ke ke,” tulis Ozil di dalam Bahasa Turki di muat naik tersebut.

Barangan cenderahati Mesut Ozil dibuang sebelum dibakar oleh penyokong China.

“Dunia Islam sekadar menyepi. Tiada kedengaran suara mereka,” tambah beliau lagi.

Komen tersebut telah menimbulkan kemarahan di China sehingga siaran langsung perlawanan diantara Arsenal dan Manchester City pada awal pagi tadi dibatalkan.

Rata-rata kemarahan penyokong di China diluahkan di media sosial Weibo yang terkenal penggunaannya di kalangan penduduk negara tersebut.

Kementerian Luar China pula menyifatkan Ozil terpengaruh dengan berita yang tidak benar.

Jurucakap kepada kementerian tersebut dikenali sebagai Geng Shuang berkata Ozil sepatutnya datang ke Xinjiang untuk melihat sendiri keadaan sebenar.

“Jika beliau mempunyai akal, boleh membezakan perkara yang betul dan salah, dan memegang prinsip keadilan secara objektif, maka beliau akan melihat perkara sebaliknya di Xinjiang,” ujar Geng kepada media di China pada hari ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN