Separuh Skuad Felda United Musim Depan Bakal Dibarisi ‘Anak Felda’

Persiapan Felda United dalam melengkapkan barisan skuad utama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan bertambah menarik apabila pasukan itu mengumumkan beberapa pemain baharu yang terdiri daripada waris peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Selepas sebahagian besar pemain musim ini tidak disambung kontrak, pengumuman rasmi dalam akaun media sosial kelab tersebut menunjukkan Felda United telah mengambil pendekatan membawa masuk sebahagian besar pemain baharu yang terdiri daripada ‘anak Felda’.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman ketika dihubungi pihak SemuanyaBOLA. Beliau menjelaskan pada musim depan, pasukan itu akan diwakili seramai 15 orang waris peneroka Felda.

“Musim depan kami ada 15 orang [pemain] ‘anak Felda’ dalam skuad utama. Ada pemain yang sedia ada, pemain akademi, pemain Piala Belia, Piala Presiden dan ada juga daripada pasukan lain.

“Sebenarnya dalam saingan Liga Malaysia ada ramai lagi ‘anak Felda’ yang turut beraksi bersama pasukan-pasukan lain. Contohnya Azam Azih [Pahang], Farizal Marlias [Johor Darul Ta’zim] dan Khyril Muhymeen [Selangor].” katanya.

Antara pemain ‘anak Felda’ yang dikekalkan bersama pasukan itu adalah Ahmad Haziq Ahmad Puad (Felda Taib Andak), Mohd Syah Fadhil Jokori (Felda Hutan Percha) dan Muhammad Azarul Nazarith Azhar (Felda Ulu Tebrau).

Manakala pemain belia yang diserap ke pasukan utama adalah Muhammad Adam Malique Daniel (Felda Jengka 5), Muhammad Daniel Aiman Che Zambil (Felda Sungai Tiang), Muhammad Norazwan Mohd Amir (Felda Jengka 10), Zainal Abidin Jamil (Felda Sebertak), Harith Marzuki Zailaney (Felda Gedangsa) dan Muhammad Wazif Nazarail (Felda Sungai Tiang).

Kemudian pemain dari pasukan lain pula adalah bekas pemain PKNP FC, Mohd Ezanie Mat Salleh (Felda Papulut), bekas pertahanan Negeri Sembilan, Azrul Nizam Muhammad (Felda Sungai Kelah), bekas pemain Terengganu FC, Mohd Shahrul Aizad Zukufli (Felda Bukit Goh), Muhammad Naqib Najwan Saufi (Felda Tenang), bekas pemain Kelantan, Muhammad Zul Fahmi Awang (Felda Chiku 5) dan Mohd Muhaimin Mohamad (Felda Jengka 5)

Sementara itu, Ketua Jurulatih Felda United, Nidzam Jamil yang turut dihubungi mengakui langkah itu diambil bersesuaian dengan belanjawan pasukan yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.

“Mengenai kuota ‘anak Felda’ ini, ia adalah polisi pasukan. Kita memberi peluang kepada anak-anak muda ini beraksi di peringkat tertinggi.

“Saya akui untuk saingan Liga Super ianya agak sukar kerana tahap cabarannya berbeza. Jadi kami tetap perlu mengharapkan pemain-pemain luar untuk menambah kekuatan pasukan” jelasnya lagi.

Melihat kepada perkembangan ini, mungkin pihak pengurusan Felda United sudah kembali kepada matlamat awal penubuhannya yang mahu waris peneroka Felda diberi peluang bermain bola sepak di peringkat tertinggi di negara ini.

Presiden Felda United, Anuar Malek sebelum ini pernah membayangkan sampai satu masa pengurusan pasukan itu perlu melibatkan tenaga anak peneroka Felda bagi meneruskan kesinambungan setiap kejayaan yang diraih.

Selepas menjuarai Liga Premier pada musim 2018, Felda United yang kehilangan ketua jurulatih, B. Satiananthan dan beberapa pemain utama pada musim ini berjaya mengatasi jangkaan banyak pihak. Di bawah kendalian Nidzam Jamil, pasukan itu membuktikan mereka mampu mencipta kejutan biarpun dibarisi pemain-pemain muda dan kurang pengalaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN