UCL: Berikut Keputusan Undian Pusingan 16 Akhir

Sebentar tadi berlangsung majlis undian pusingan peringkat 16 pasukan terakhir bagi Liga juara-juara Eropah musim 2018/19.

Juara bertahan Liverpool akan berhadapan dengan Atletico Madrid dengan perlawanan pertama berlangsung di Kota Madrid.

Liverpool ada kenangan yang indah di Stadium Wanda Metropolitano. Kerana di situlah mereka menjulang kejuaraan Eropah keenam mereka.

Dam mungkinkah mereka akan kembali ke Istanbul pada final nanti?

Real Madrid akan berhadapan dengan juara Liga Perdana Inggeris musim lalu iaitu Manchester City. Ianya pertemuan yang dinantikan kerana Pep Guardiola akan kembali semula ke Santiago Bernabeu kali ini sebagai pengendali Manchester City.

Debutant dalam UCL kali ini iaitu Atalanta akan berhadapan dengan Valencia.

Satu lagi finalis pada musim lalu iaitu Spurs akan berhadapan dengan skuad bimbingan Julian Nagelsmann – RB Leipzig.

Chelsea akan berhadapan dengan pasukan Bayern Munich. Tugasan besar untuk Lampard. Beliau pernah bermain untu Chelsea sebelum ini menentang Bayern.

Gennaro Gatusso ada tugasan sukar berhadapan dengan Barcelona. Ernesto Valverde masih gagal untuk memberikan kejuaraan UCL kepada Barcelona walaupun sudah berbelanja ratusan juta euro.

Apa pandangan anda tentang undian kali ini? Mana satu pertarungan yang anda rasa seperti buku dan ruas, dan mana satu pertarungan yang sengit dan seimbang.

Pasukan mana agaknya yang akan lolos ke kalah mati?

Leave a Reply