Isteri kepada Lionel Messi, Antonela Roccuzzo turut meluahkan kegembiraannya apabila mendapat perkhabaran Cristiano Ronaldo bakal mendapat anak kembar.
Ronaldo sudah pun mempunyai enam orang anak, dan kini menanti untuk menyambut kelahiran kembar. Khabar gembira itu dikongsikan oleh Ronaldo melalui Instagram miliknya pada Khamis lalu.
Di dalam muat naik tersebut, bintang Manchester United itu tampak gembira baring di sisi Georgina Rodriguez.
Kembar Ronaldo
Pasangan tersebut turut menunjukkan foto imbasan kandungan Rodriguez.
“Dengan senang hati [kami] mengumumkan penantian [kelahiran] anak kembar kami. Hati kami kini dipenuhi kasih sayang, kami tidak sabar untuk bertemu dengan mereka,” tulis Cristiano Ronaldo.
Pengumuman oleh Ronaldo itu juga mendapat respon daripada Antonela Roccuzzo, isteri Lionel Messi. Seperti yang kita semua tahu Messi dan Ronaldo adalah dua pemain terbaik dunia dan merupakan seteru dari segi pencapaian individu.
Melalui muat turun oleh Ronaldo, Antonela Rodriguez turut tidak ketinggalan meninggalkan komen berupa dua emoji hati.
Meski pun Ronaldo dan Messi sentiasa bersaing dalam hal prestasi, namun pasangan masing-masing sangat akrab satu sama lain.
Ia bukan perkara menghairankan kerana Georgina Rodriguez juga adalah dari Argentina, negara asal Roccuzzo dan Messi.
Ronaldo kini kembali menyertai Manchester United manakala Messi memilih untuk ke PSG pada musim panas lalu.
Anak-anak Cristiano Ronaldo
Bayi kembar yang bakal dilahirkan oleh Georgina Rodriguez bakal menjadi anak kedua dan ketiga hasil hubungan Ronaldo dan pasanganya itu.
Sebelum itu Georgina Rodriguez sudah melahirkan seorang anak perempuan, dinamakan Alana Martina.
Tiga anak Ronaldo yang lain pula adalah dari ibu ‘tumpang’. Yang pertama lahir pada 2010 dan dinamakan Cristiano Ronaldo Junior. Dua lagi anak Ronaldo pula adalah kembar iaitu Eva Maria Dos Santons Aveiro dan Mateo Ronaldo.