Ismail Sabri Mahu Kelab Liga Malaysia Tiru Cara Chelsea

Bagi kaki bola terutama peminat dan pengikut saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), anda sudah pasti tahu Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob adalah penyokong setia Chelsea.

Kelab kendalian Thomas Tuchel dengan nama jolokan ‘The Blues’ itu adalah juara UEFA Champions League (UCL) pada tahun lalu.

Kelab London itu turut memiliki enam kejuaraan Liga Inggeris. Lima daripadanya dimenangi pada era EPL, iaitu pada musim 2004–05, 2005–06, 2009–10, 2014–15, 2016–17. Dengan kata lain, semiua lima kejuaraan itu dimenangi pada era Roman Abramovich sebagai pemilik kelab.

Menariknya mengenai Chelsea ialah kemampuan kelab itu untuk menghasilkan ramai pemain muda yang menjadi bintang bola sepak dunia – sama ada akan menjadi bintang utama di Stamford Bridge, atau dijual di kemudian hari untuk menjadi pendapatan kelab.

Antara pemain keluaranakademi bola sepak Chelsea yang sedang memperkuatkan skuad kendalian Tuchel pada hari ini adalah seperti Callum Hudson-Odoi, Ruben Loftus-Cheek, Mason Mount dan Reece James.

Pemain lain yang turut memberikan impak bersama pasukan lain pula adalah Nathan Ake (Man City), Tammy Abraham (AS Roma), dan ramai lagi.

Maka tidak hairanlah Ismail Sabri mahukan pembangunan bola sepak di negara ini mencontohi apa yang diamalkan oleh Chelsea.

Bukan sekadar memiliki infrastruktur moden dan canggih, pemain juga harus dibangunkan di dalam ekosistem yang betul untuk memastikan mereka kemampuan yang boleh dijadikan aset pasukan negara di masa hadapan.

“Contohnya pasukan Chelsea atau The Blues yang berpangkalan di Stamford Bridge, England. Ekosistem pasukan Liga Perdana Inggeris ini cukup lengkap,” kata Perdama Menteri pada hari ini dalam ucapan ketika merasmikan Majlis pecah Tanah Ibu Pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Presint 5, di sini hari ini.

“Akademi mereka mengendalikan pasukan yang dianggotai pemain semuda sembilan tahun hingga 23 tahun, satu ekosistem yang menuntut pembabitan jurulatih, pengurusan kelab dan sokongan ibu bapa.

“Selain meningkatkan kemampuan teknikal, kelab itu juga membangunkan daya kebolehpasaran serta kualiti pemain yang menyarung jersi biru itu.

“Ini yang patut dicontohi kelab-kelab bola sepak di negara ini.”

Untuk rekod, tidak semua kelab Liga Malaysia memiliki akademi bola sepak yang holistik. Sebahagian besar daripada kelab juga tidak memiliki infrastruktur khusus untuk kegunaan pembangunan akar umbi.

Mahukan pembangunan bola sepak menjadi agenda nasional dan menjadi tanggungjawab semua pihak, Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10 juta kepada FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN