Usia Dan Faktor Persekitaran Tidak Menghalang Untuk Tonggak Import Selangor Beri Yang Terbaik

Yazan Al-Arab yang merupakan pertahanan import baharu Selangor juga digelar sebagai ‘kereta kebal  Jordan’ bertekad untuk menaikkan lagi kualiti saingan di Liga Malaysia (Liga-M) setelah beliau sah menandatangani kontrak bersama pasukan baru ini untuk memperkuatkan jentera pertahanan.

Walaupun Yazan menerima banyak tawaraan untuk beraksi di negara-negara Timur Tengah seperti yang diberitahu, beliau tetap memilih untuk mengembangkan karier bersama skuad Gergasi Merah dan menganggap perpindahan ini sebagai salah satu cabaran baharu buat dirinya selaku pemain bola sepak profesional.

“Saya akan berusaha dengan sangat keras untuk sesekali tidak menghampakan para penyokong dan cuba beri segala yang diinginkan oleh peminat pasukan ini. Dalam masa sama, saya juga ingin beri persepsi yang baik kepada pemain-pemain dari Liga Arab mengenai Liga Malaysia.

“Melalui pengalaman sendiri, saya akan cuba membuka pintu untuk mereka dari Liga Arab atau Timur Tengah untuk cuba bermain di sini dan berharap ia akan meningkatkan lagi mutu bola sepak di Malaysia,” katanya kepada pihak BERNAMA melalui penterjemah di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semlam.

Pemain yang pernah beraksi bersama Al-Wehdat FC itu juga sangat yakin untuk cepat menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak tempatan melalui pengalaman dirinya yang sangat luas sebelum ini beraksi di pentas Asia seperti Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Tiada masalah untuk diri saya menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran di Malaysia selain keadaan padang yang juga sama kerana tidak begitu berbeza,” jelasnya lagi.

Yazan telah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Jordan seawal usia 21 tahun pada 29 Ogos 2017 lalu dan sudah beraksi sebanyak 24 perlawanan antarabangsa setakat ini.

Selain itu, Baha’ Abdelrahman yang juga merupakan rakan senegaranya turut tidak sabar untuk mempamerkan aksi yang mampu menambat hati para penyokong pada perlawanan pembukaan Liga Super menentang juara Piala Malaysia musim lalu, Kuala Lumpur City pada 3 Mac depan.

Pemain tengah berpengalaman itu juga sangat yakin dengan tahap permainannya biarpun sudah mencecah usia 35 tahun. Pada pendapat beliau, umur bukan faktor penghalang untuk dirinya beri saingan yang bagus bersama pemain lain.

“Pada usia ini, saya masih yakin akan kemampuan diri untuk bermain, kerana sejak empat tahun lalu saya telah beraksi di luar negara. Malah, saya juga telah bermain dalam ‘Gulf Cup’ di mana peringkat yang lebih tinggi di Arab Saudi, Kuwait, dan Qatar,” jelas beliau.

Sebelum itu, Selangor telah mengumumkan pemain yang akan mewakili pasukan utama termasuk Herlison Caion, Samuel Somerville, Fazly Mazlan, dan Zahril Zabri.

Sumber:

Leave a Reply