Melaka United Bakal Umumkan Skuad Penuh Mereka Selewatnya Minggu Depan

Datuk Justin Lim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) memberi bayangan awal mengenai status pengendali utama pasukan dan barisan lengkap para pemain skuad Hang Tuah yang sebelum ini menjadi teka-teki akan diumum selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Beliau menjelaskan mengenai proses semasa pasukan setakat ini adalah merombak dan mempersiapkan segala yang diperlukan mereka untuk memberi cabaran yang lebih sengit dalam saingaan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2022 dan ingin merebut kedudukan teratas bagi kempen Liga Super.

“Kita tahu yang ramai mesti tertanya-tanya mengenai perkaraa ini, tetapi Melaka United sedang giat membuat persiapan yang rapi dan segalanya akan diumumkan sebelum Tahun Baharu Cina.

Ia memang akan mengambil sedikit masa, namun kita akan buat yang terbaik untuk pasukan kesayangan kita selain menilai dengan lebih lanjut mengenai segala aspek termasuk membawa masuk pemain import baharu,” ujar beliau kepada BERNAMA setelah selesai menghadiri Kongres Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) KE-66 di Ayer Keroh semalam.

Untuk rekod lalu, pengendali pasukan Melaka United iaitu Zainaal Abidin Hassan telah dilantik untuk membimbing pasukan ini sejak musim 2018 dan pencapaian terbaik yang dicipta beliau sepanjang bersama pasukan adalah mara ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun lalu sekali gus mencipta rekod penantian selama 38 tahun selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1983.

Sebelum itu, Melaka United telah mengumumkan mengenai 11 pemain yang sah tidak menyambung khidmat bersama pasukan untuk saingan musim 2022 termasuk dua pemain import yang menjadi tonggak musim lalu, Manuel Ott dan Giovane Gomes da Silva serta dua penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Solehin Mamat.

Selebihnya merupakan, S. Kumahraan, Khairul Helmi Johari, Gary Steven Robbat, Jasmir Mehat, Farid Azmi, Amirul Hamer, dan Shyamierul Razmee Jasmi.

Persiapan pasukan ini sedikit terjejas pada awalnya setelah beberapa bekas pemain Melaka United mendakwa masih ada isu tunggakan gaji yang belum dijelaskan. Namun setelah ada perbincangan yang turut melibatkan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), segalaanya telah pun diselesaikan.

Sumber:

Leave a Reply