Isco Bertanya Kepada Peminat: “Adakah Saya Gemuk?”

Pemain kebangsaan Sepanyol, Isco Alarcon masih gagal mendapat tempat di dalam skuad utama Santiago Solari. Namun beliau menolak sekeras-kerasnya, hal itu berlaku kerapa kondisi fizikal beliau.

Beberapa pihak mendakwa Isco sebagai gemuk ataupun berlebihan berat badan untuk seorang atlet. Itu yang membuatkan beliau hilang tempat di dalam skuad utama Real Madrid ketika ini.

Isco kemudian menggunakan instagram story beliau menunjukkan badannya dan bertanya kepada para pengikutnya: “Adakah saya gemuk?” Isco meminta pengikut beliau menjawab; “Ya ataupun tidak.”

Isco pada musim lalu hampir tidak melanjutkan kontran di Bernabeu dan dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona serta beberapa kelab EPL.

Namun selepas berjaya menjadi watak penting dalam kem Real Madrid, Isco bersetuju untuk kekal sehingga 2022. Beliau kemudian menjadi pemain utama dalam skuad Sepanyol dan menjadi watak penting dalam kelayakan Piala Dunia untuk La Roja.

Pada September lalu, Isco menjalani pembedahan apendiks. Namun selepas beliau pulih, Isco berjaya menempatkan diri dalam skuad Julen Lopetegui.

Sejak pemergian Lopetegui, Isco masih belum merasai menjadi kesebelasan utama. Beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan. Oleh sebab itu para peminat mulai berspekulasi bahawa kondisi fizikal beliau adalah puncanya.

Rakan sepasukan Isco, Dani Ceballos yakin Isco akan menjadi pemain utama dalam skuad Santiago Solari. Cuma kini pengurus Real Madrid itu mahu berhati-hati dalam menggunakan Isco yang sudah mengalami beberapa siri kecederaan dan juga pembedahan sebelum ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN