Sarri Enggan Komen Tentang Pulisic, Minta Morata Lebih Tenang Di Hadapan Gol

Maurizio Sarri menolak untuk memberikan komen tentang spekulasi yang mengaitkan Chelsea dengan bintang sensasi Borussia Dortmund – Christian Pulisic.

Pulisic dikenalpasti sebagai pemain yang sangat sesuai dengan corak taktikal Maurizzio Sarri kerana keupayaan pemain itu untuk menyerang dan menjaringkan gol.

Maurizzio Sarri memberitahu wartawan bahawa, sebagai seorang proesional beliau tidak seharusnya membicarakan pemain daripada kelab lain.

Beberapa media utama di Eropah melaporkan Chelsea kini sedang berbincang dengan Dortmund untuk perpindahan pemain tersebut. Borussia Dortmund dilaporkan meminta sekitar £70 juta untuk pemain tersebut. Namun Chelsea dikatakan telah menghantar bidaan yang lebih rendah daripada yang diminta.

Dortmund buat masa ini tidak akan berganjak dengan harga permulaan itu kerana pemain itu mendapat perhatian daripada banyak kelab lain.

Sarri berkata: “Pulisic adalah pemain Borussia Dortmund, dan saya tidak mahu bercakap tentang mana-mana pemain kelab lain di sini. Ianya kelakuan yang tidak profesional.”

Seterusnya, Maurizzio Sarri menyuarakan keyakinan beliau ke atas Morata. Beliau tidak setuju dengan pandangan yang menyatakan Morata adalah liabiliti kepada kelab Chelsea. Sarri akan cuba membantu pemain itu untuk mendapatkan sentuhannya.

“Saya perlu memahami apa yang beliau perlukan dan saya sentiasa bersedia apa sahaja untuk membantu beliau. Namun saya rasa Morata bulan lepas bermain sangat baik. Beliau menjaringkan 5 gol. Jadi, beliau perlu untuk meneruskannya.”

Maurizzio Sarri sekali lagi berpandangan isu utama yang membelenggu Morata adalah keyakinan bukannya kualiti. Apabila keyakinan beliau kurang, ianya akan mempengaruhi kualiti beliau.

“Beliau perlukan keyakinan, keyakinan dan keyakinan. Itu yang akan membantu beliau untuk meneruskan prestasi menjaringkan gol.”

Sarri meminta agar Morata lebih tenang dan tidak terlalu terdesak mahukan gol. Sarri berkata: “Beliau baru 26 tahun. Beliau boleh berubah, namun karakter beliau adalah seperti ini. Jadi beliau perlu kekal tenang kerana bulan lalu beliau gagal menjaringkan gol dalam keadaan beliau terlalu terdesak mahu menjaringkan gol.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN