Irfan Bakti Belum Fikir Untuk Bersara Dalam Karier Bola Sepak

Pengendali berpengalaman negara, Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan beliau masih lagi belum mahu bersara dalam dunia kejurulatihan bola sepak serta bakal membuat kemunculan semula pada masa akan datang.

Sebelum itu, Irfan Bakti secara rasminya telah meletakkan jawatan beliau selaku jurulatih utama Kuching City bersama pembantu pengendali iaitu Sulaiman Hussin atas rasa tanggungjawab.

Untuk rekod, Irfan Bakti menjadi antara pengendali yang berjaya pada musim lalu selepas membantu Kuching City melayakkan diri ke saingan Liga Super 2023 secara merit dengan prestasi mengkagumkan.

Malah, pengendali berpengalaman itu juga berjaya melahirkan ramai bakat-bakat muda di Sarawak dengan begitu positif sekali untuk dibawa turun beraksi dalam saingan Liga Super.

Walaupun begitu, musim ini tampak serba tidak begitu menjadi buat pengendali berkenaan selepas mereka hanya merekodkan satu kemenangan sahaja daripada 16 perlawanan diharungi untuk mengutip enam mata keseluruhan.

Pada usia 72 tahun, Irfan Bakti menyatakan beliau masih lagi belum memasang tekad untuk bersara dalam dunia kejurulatihan bola sepak dan terbuka menerima tawaran mana-mana kelab berminat dapatkan khidmatnya.

Namun, pengendali berkenaan turut menyatakan beliau masih belum bersedia untuk kembali bertugas dalam masa terdekat, serta mahu fokus berehat terlebih dahulu.

Sehingga kini, Irfan Bakti menyatakan beliau sudah pun menerima beberapa tawaran daripada kelab menerusi perbincangan dibuat, namun masih belum ada dilakukan secara rasmi.

“Keputusan untuk bersara itu saya belum fikirkan. Sebab saya bukan individu yang suka duduk diam, sebab nanti kalau tak bergerak dia jadi bosan.

“Untuk tawaran daripada pasukan lain, ada diantara mereka sudah berjumpa saya untuk berbincang tetapi hitam putih itu masih belum ada,” katanya menerusi laporan rasmi Harian Metro.

Sulaiman Hussin Akui Ada Tekanan Dirasai Gantikan Tugas Irfan Bakti

Sentuhan Irfan Bakti selaku jurulatih dalam negara tidak boleh dipertikaikan lagi menerusi banyak kejayaan dilakukan beliau sejak beberapa musim lalu bersama kelab berbeza.

Antara kejayaan paling diingati pastinya ketika beliau memperoleh gelaran sebagai jurulatih terbaik pada musim 2011, selepas sumbangan besar Irfan Bakti waktu itu bersama Terengganu.

Selain itu, Irfan juga menjadi antara jurulatih yang sempat mengendalikan salah satu kelab di Indonesia pada tahun 2007 bersama Persipura Jayapura sebelum kembali ke Malaysia untuk melatih Perlis pada musim berikutnya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN