Kelincahan Arif Aiman Bakal Jadi Asbab JDT Juarai Piala FA 2023

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman Hanapi boleh dianggap sebagai pemain kunci buat pasukan tersebut untuk mencatat keputusan positif dalam aksi akhir Piala FA 2023.

JDT bakal menghadapi aksi akhir Piala FA 2023 malam ini dengan misi untuk mempertahankan kejuaraan tersebut daripada dirampas Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Beraksi di laman sendiri, segalanya tampak berkelebihan buat JDT yang bakal mendapat sorakan padu daripada penyokong mereka sendiri serta memberi suntikan motivasi tinggi buat Harimau Selatan.

Tampil dengan persediaan begitu rapi sejak awal musim, JDT masih lagi berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah atau seri dengan membolot semua kemenangan dalam segala kejohanan domestik.

Menerusi sedikit rombakan, JDT berjaya menyuntik kekuatan baharu di segenap posisi menerusi beberapa pemain baharu yang berjaya ditandatangani mereka untuk menenggelamkan cabaran kelab lain.

Malah, ia juga menjadi musim yang cukup baik ketika ini buat Arif Aiman yang sentiasa menjadi pertaruhan utama Esteban Solari dalam setiap perlawanan dihadapi untuk mendapatkan gol.

Tidak hanya sekadar lincah, Arif juga berjaya meningkatkan kualiti beliau musim ini menerusi kekuatan fizikal untuk menyaingi mana-mana pertahanan lawan.

Kekuatan utama Arif pastinya terarah kepada kelajuan dimiliki pemain ini dalam menggerakkan bola serta pakar dalam melepaskan rembatan dari luar kotak penalti.

Pastinya aspek dimiliki Arif itu menjadi perhatian penuh oleh Bojan Hodak untuk memastikan pemain tersebut tidak mampu bergerak dengan bebas sepanjang aksi berlangsung.

Walaupun begitu, JDT juga tidak boleh memandang ringan kekuatan KL City walaupun mereka sudah pun menewaskan pasukan tersebut dalam aksi Liga Super dengan keputusan penuh, 6-1.

Bojan yang dikenali merupakan antara jurulatih yang sangat bijak memanipulasi kekuatan lawan serta memiliki barisan pemain yang sentiasa faham akan kehendak beliau di atas padang.

Antara pemain perlu diberi perhatian pastinya terarah kepada Paulo Josue yang sentiasa menjadi nadi utama kekuatan KL City sejak beberapa musim di posisi tengah serangan.

Malah, pemain seperti Romel Morales serta Akram Mahinan juga mampu untuk menyukarkan pergerakan JDT sepanjang 90 minit aksi berlangsung malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN