Kapten Inter Milan, Mauro Icardi meneruskan status beliau sebagai antara penggempur elit dalam liga utama Eropah pada musim ini.
Penyerang berusia 25 tahun ini menjaringkan 4 gol ke atas pasukan lamanya, dalam jarak 21 minit bermula daripada minit ke-30.
Jaringan pertama beliau ataupun gol kedua Inter Milan adalah gol ke-100 dalam karier beliau di Serie A.
Inter memulakan hari cemerlang dengan gol pertama menerusi Ivan Perisic pada minit ke-26. Kemudian, ianya adalah hari untuk menyaksikan persembahan Icardi.
Icardi meledak hatrik dalam masa 13 minit. Beliau kini sudah menjaringkan 103 gol dalam Serie A.
“Saya sangat inginkan gol ke-100 itu dan saya terus berusaha mendapatkannya. Hari ini pasukan kami bermain sangat baik dan berjaya mendapatkan 3 mata penting. Itu lebih penting daripada gol saya.”
“Ianya 3 mata sangat berharga. Kami banyak berkorban dan lebih bersemangat selepas seri dengan Napoli. Dengan kemenangan ini, kami boleh berehat dan mempersiapkan diri kami dengan sikap yang betul sekali lagi.”
Inter Milan sebelum ini seri 0-0 dengan Napoli. Aksi kurang konsisten selepas pertengahan September membuatkan Inter Milan sudah tergelincir daripada persaingan kejuaraan.
Mereka kini lebih fokus kepada untuk slot UCL musim hadapan yang masih sangat terbuka melibatkan beberapa pasukan. Saksikan sorotan aksi Icardi di sini.
https://twitter.com/Tacticomotion_/status/975401242305466369