Balotelli: “PSG Mampu Beli Sesiapa Sahaja, Tetapi Masih Setaraf Guingamp”

Mario Balotelli menjadikan PSG sebagai contoh duit yang banyak tidak semestinya mampu membeli pasukan walaupun mampu membeli mana-mana pemain bintang.

Bagi Mario Balotelli, sejak PSG jadi kaya raya dan berbelanja besar, mereka hanya menjadi jaguh kampung di Ligue 1 sahaja. Sebaliknya, terlalu jauh kualiti dibandingkan dengan pasukan seperti Real Madrid dan Barcelona.

Jadi, bintang kontroversi Itali ini berpendapat, PSG buat masa ini tak ada beza dengan pasukan Ligue 1 yang lain termasuk Guingamp.

Buat masa ini, hanya Marseille pasukan dari Perancis yang ada rekod kejuaraan UCL dalam sejarah.

“PSG ini sama sahaja seperti Guingamp, hanya salah satu pasukan dalam Ligue 1.”

“Saya tak kisah orang kata PSG ni pasukan besar sebab mereka memiliki pemain bintang. Kalau macam tu, Lyon dan Marseille pun ramai pemain berbakat.”

“Jujur saya katakan, saya hanya menonton PSG di tv ketika perlawanan menentang Real Madrid tempoh hari. Dan mereka memang layak kalah. Madrid bermain lebih baik, dan lebih efisien.”

“Malu untuk melihat pasukan seperti PSG disingkirkan awal daripada UCL. Tetapi jujurnya Real Madrid berhak untuk menang.”

Balotelli berpendapat, PSG membeli pemain bukan atas keperluan untuk membentuk pasukan tetapi lebih kepada emosi untuk mengumpul seberapa ramai bintang dalam satu pasukan.

Bagi Balotelli, selagi-lagi mereka tidak mampu membentuk pasukan dan kompetitif di peringkat Eropah, selagi-lagi itu PSG hanyalah pasukan daripada Ligue 1 yang biasa.

“Duit tidak mampu membentuk pasukan. Duit hanya boleh membeli mana-mana pemain hebat tetapi bukan pasukan.”

Mungkin ini reaksi Nasser Al Khelaifi ke atas kenyataan Balotelli.

Dan dalam perlawanan semalam PSG menang 2-1 ke atas Nice.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN