Mourinho Tembak Luke Shaw Kerana Aksi Teruk

Mourinho

Ini bukanlah kali pertama Jose Mourinho mengkritik secara terbuka Luke Shaw. Namun kali ini beliau lebih panas dalam kenyataan kepada wartawan selepas perlawanan.

Mourinho meradang dengan aksi pasukan beliau yang disifatkan beliau tidak cukup bagus tetapi berhak menang ke atas Brighton. United menang 2-0 dalam perlawanan tersebut dan mara ke separuh akhir Piala FA.

Ditanya apakah sebab beliau mengeluarkan Luke Shaw awal sebaik sahaja separuh masa kedua. Adakah pemain tersebut cedera?

“Luke? Saya tak boleh cakap lebih pasal dia. Ianya berkaitan dengan personaliti, kepercayaan dan ‘class’.”

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 15: Luke Shaw of Manchester United. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Alasan saya keluarkan dia kerana kami berkerja di dalam padang dengan beberapa corak gerakan. 2 bek sisi perlu sangat agresif dan sentiasa ke hadapan bagi mencipta ruang kepada Matic dan Scott (McTominay) untuk bermain di hadapan 2 bek tengah.”

“Dan saya tidak dapat perkara itu daripada Luke ataupun Valencia. Kalau boleh saya nak tukar kedua-dua mereka tetapi itu terlalu agresif. Sebab ia membuatkan kami cuma ada 1 pertukaran lagi dalam 90 minit.”

“Jika kami diheret ke masa tambahan, kemungkinan besar saya akan menggunakan pertukaran ke-4”

“Untuk menukar corak kepada permainan bola sepak menyerang dan lebih agresif, saya harus melakukan 1 pertukaran dan saya memutuskan untuk mengeluarkan Luke. Ini kerana, Antonio sekurang-kurangnya lebih baik dalam posisi ketika bertahan.”

“Misalnya pada separuh masa kedua, mereka lebih bahaya. Locadia melakukan larian dari dalam. Eric Bailly dan Antonio masih mampu bertahan.”

“Luke, pada separuh masa pertama, setiap kali lawan kami berada di koridor untuk melancarkan hantaran lintang, mereka berjaya menghadirkan ancaman. Saya tak gembira dengan aksi Shaw.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN