Inter Milan dilaporkan sudah mencapai persetujuan untuk menandatangani Christian Eriksen dari Tottenham Hotspur.
Namun mereka hanya akan mengumumkan pemain itu pada Selasa (hari ini) kalau mengikut laporan oleh Sky Sports Italia.
Ini kerana jabatan media mereka mahu memberikan alu aluan yang signifikan kepada Christian Eriksen.
Menurut Sky Sport Italia, Eriksen sudah tiba Itali untuk melengkapkan prosedur perpindahan akhir beliau ke kelab itu.
Here he is! Christian #Eriksen just landed in Milano. And is going to be a new #Inter player. 🔵⚫#fcim #thfc #transfers@TuttoMercatoWeb pic.twitter.com/rGtLgVeRNU
— Alessandro Rimi (@Ale_Rimi) January 27, 2020
Eriksen juga dilaporkan setuju menandatangani kontrak sehingga Jun 2024. Christian Eriksen bakal memperoleh €8 juta setiap musim ditambah bonus atas persembahan.
Eriksen sudah tiba di pusat perubatan Inter Milan dan melambaikan tangan dari tingkap.
Eriksen memulakan kerjayanya di Denmark dengan Odense. Namun beliau terus memikat minat akademi remaja Ajax dan menyertai mereka pada Januari 2009.
Beliau dipromosikan ke pasukan utama dan kemudiannya berhijrah ke Tottenham Hotspur pada 2013 dengan nilai €13.5 juta.
Kontraknya dengan Spurs akan tamat tempoh pada bulan Jun tahun depan dan beliau boleh ditandatangani sebagai ejen bebas.
Tetapi Inter mahu mendapatkan beliau pada Januari ini juga bagi menguatkan pasukan dalam usaha mereka mahu merampas kejuaraan Serie A daripada Juventus.
Inter dilaporkan membayar €20 juta, ditambah dengan bayaran khas digelar bonus solidariti €1 juta (pergi ke akademi Spurs).
Yuran khas itu lebih kepada permohonan maaf Inter Milan yang sebelum ini melukakan hati Spurs kerana secara terang-terangan mengumumkan mereka sedang memancing Christian Eriksen.
Mereka berharap hubungan di antara kedua-dua kelab selepas ini akan menjadi lebih baik.
Walaupun harga itu mungkin kelihatan agak mahal untuk seorang pemain dengan hampir lima bulan lagi akan menjadi barang ‘feee’, namun laman web Transfermarkt menyatakan Christian Eriksen bernilai €90 juta.
Selain itu, Christian Eriksen juga dikaitkan dengan beberapa pasukan besar lain termasuk Real Madrid, Barcelona, Paris Saint-Germain dan Manchester United.
Pada akhir musim lalu Christian Eriksen sudah menyatakan bahawa beliau mahu mencari cabaran baharu di tempat baharu.
Christian Eriksen bakal menjadi pemain kelima yang ditandatangani oleh Antonio Conte dari kelab Liga Perdana Inggeris.