Firdaus Mahu Rebut Tempat Kesebelasan Utama Perak

Firdaus

Pemain tengah berbakat besar, Firdaus Saiyadi mengakui beliau menyimpan azam untuk merebut tempat sebagai pemain kesebelasan utama Perak bagi menghadapi kancah Liga Malaysia 2020.

Pemain yang mesra dengan panggilan ‘Fie’ itu turut mendedahkan dirinya melakukan latihan tambahan serta meningkatkan kecergasannya bagi memastikan beliau mampu beraksi dengan baik pada sepanjang perlawanan.

Firdaus mampu menjadi antara senjata sulit buat pasukan Perak kerana memiliki kualiti kawalan bola yang cukup meyakinkan serta sepakan sudut diambil kebiasaannya ‘sesedap rasa’ buat penyerang dan rakan sepasukan.

”Mana-mana pemain di dunia ini mahu menjadi pemain kesebelasan utama. Begitu juga dengan saya. Saya mahu bermain pada setiap minggu bersama Perak,” ujar pemain berusia 23 tahun ini kepada The Star Online.

Firdaus bersama teman baiknya, Ahmad Khairil Anuar (Beto)

”Saya bekerja keras di Gimnasium dan melakukan latihan tambahan selepas sesi latihan bersama rakan sepasukan. Saya perlu bekerja keras dan memastikan saya boleh kekal beraksi 90 minit perlawanan.”

Dalam pada itu sama seperti pemain yang lain, Firdaus turut mengintai peluang untuk kembali bagi memperkuatkan barisan skuad kebangsaan yang mempunyai misi cukup besar pada tahun ini.

”Saya mahu kembali ke skuad kebangsaan. Saya pernah menyertai latihan ketika Piala Airmarine tetapi tidak pernah disenaraikan ke senarai akhir pasukan.”

”Kini sudah tiba masanya buat saya untuk membuktikan saya mempunyai apa yang diperlukan dalam skuad kebangsaan,” ujar Firdaus lagi.

Kredit foto: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN