Instagram Sabah FC Diserang Penyokong Garuda Akibat Halang Saddil Ramdani Ke Sukan SEA

Akaun Instagram Sabah FC diserang oleh segelintir penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati selepas laporan media Indonesia mengesahkan Saddil tidak akan menyarung jersi pasukan negaranya untuk saingan di Sukan SEA 2021.

Sebelum itu Pemain sayap, Saddil Ramdani mengesahkan dirinya tidak dapat memenuhi permintaan Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) untuk beraksi di temasya Sukan SEA pada Mei nanti kerana tidak mendapat pelepasan daripada Sabah FC.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Saddil sendiri melalui akaun TikTok beliau baru-baru ini. Menurut Saddil dirinya tidak boleh beraksi di Sukan SEA yang akan berlangsung di Hanoi nanti kerana ia tidak berlangsung mengikut kalendar antarabangsa FIFA.

Tangkap layar akaun Instagram Sabah FC.

Walaupun penjelasan telah diberikan oleh pemain itu sendiri, ia tetap tidak menghalang penyokong Indonesia membanjiri ruangan komen Instagram Sabah FC dengan tanda pagar SaddilOut. #SaddilOut.

Tanda pagar tersebut dipercayai sebagai tanda kempen dan protes penyokong-penyokong Indonesia kerana pemain itu tidak dibenarkan menyertai skuad Indonesia di Sukan SEA.

Ada juga komen yang menuduh pasukan Malaysia sebenarnya licik kerana Sabah FC enggan melepaskan pemain itu.

Saddil yang lahir pada 2 Januari 1999 kini berusia 23 tahun dan masih layak beraksi untuk skuad B-23 yang disyaratkan oleh penganjur untuk acara bola sepak lelaki di Sukan SEA.

Penjelasan Saddil

Temasya tersebut dijadualkan akan berlangsung mulai 12 Mei sehingga 23 Mei akan datang. Acara bola sepak pulak akan bermula lebih awal iaitu pada 6 Mei dan perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 22 Mei.

“Ada surat panggilan masuk untuk persiapan SEA Games pada 22 Maret (Mac) lalu. Akan tetapi, tahun ini tak bisa ikut SEA Games, ujar Saddil melalui TikTok.

“Saddil baru diperbolehkan membela timnas pada 24 Mei, sedangkan SEA Games mulai 6-23 Mei. Jadi, tidak bisa ikut.”

Seperti yang dikatakan oleh Saddil, Sabah FC bagaimana pun tidak mempunyai halangan untuk melepaskan pemain itu untuk menyertai skuad kebangsaan Indonesia pada kalendar antarabangsa FIFA yang seterusnya bermula 30 Mei sehingga 3 Jun akan datang.

Malah beliau dijangka akan dilepaskan lebih awal bermula 24 Mei untuk menyertai kem latihan pusat pasukan negaranya di mana saingan Liga Super Malaysia (MSL) turut berehat untuk memberi ruang kepada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023.

Saddil yang sudah beraksi bersama Sabah FC selama dua musim merupakan antara pemain penting skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Tampil dalam dua perlawanan MSL pada musim ini, Saddil setakat ini telah menjaringkan satu gol hasil sepakan percuma cantik ketika menewaskan Petaling Jaya FC dengan jaringan 3-1 di Stadium Likas pada 9 Mac lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN