5 Pemain Paling Bernilai Dalam Skuad Belanda

Belanda merupakan antara kuasa besar dalam dunia bola sepak dan mereka turut berhak dipuji kerana mula memperkenalkan falsafah total football.

Jurulatih legenda Belanda, Rinus Michels membangunkan konsep total football dan konsep sama dikembangkan dengan sempurna oleh Johan Cruyff.

Total football merupakan satu sistem yang mana setiap pemain dituntut untuk bermain di mana-mana posisi berdasarkan dinamik dalam sesebuah perlawanan.

Walau Belanda memiliki sejarah yang menakjubkan dalam dunia bola sepak, namun malangnya mereka tak pernah sekalipun memenangi gelaran Piala Dunia.

Pencapaian terbaik mereka dalam pertandingan Piala Dunia hanya berada di kedudukan kedua pada tahun 1974, 1978 dan 2010.

Mereka juga hanya pernah sekali sahaja memenangi gelaran Eropah yang mana Belanda muncul Juara pada tahun 1988.

Belanda mempunyai barisan pertahanan yang hebat dan berkualiti tinggi dalam skuad mereka pada ketika ini seperti, Virgil Van Dijk, Matthijs de Ligt, Stefan de Vrij dan Jurrien Timber.

Walau bagaimanapun, skuad Belanda juga jelas sekali turut mempunyai masalah di beberapa posisi dan antara yang paling teruk adalah di posisi pertahanan kiri dan kedua-dua belah sayap.

Namun bukan itu yang mahu diceritakan dalam artikel ini, kerana artikel ini mahu menyampaikan senarai lima pemain paling bernilai dalam skuad Belanda pada ketika ini.

5) Memphis Depay – €45 juta

Memphis Depay merupakan pemain kelima paling bernilai dalam skuad Belanda pada ketika ini, dengan beliau baru sahaja menyertai Barcelona sebagai pemain bebas ejen pada musim panas lalu.

Depay memiliki karier yang turun dan naik namun jelas sekali perjalanan beliau semakin meningkat selepas beliau meninggalkan Old Trafford pada tahun 2017 yang lalu.

Memphis Depay telah berjaya menjaringkan 10 gol dan turut mencatatkan dua assists dari 29 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Barcelona.

Depay turut beberapa kali terpaksa diketepikan dari skuad Barca dek kerana beliau dibelenggu masalah kecederaan.

Beliau ketika ini dianggarkan bernilai €45 juta dan nilai tersebut jelas sedikit terjejas dek kerana jangka masa kontraknya.

Walaupun beliau bukanlah pemain paling bernilai dalam skuad Belanda pada ketika ini, namun harus diakui yang Memphis Depay merupakan antara pemain terpenting di posisi serangan mereka.

Bekas bintang Lyon itu telah berjaya menjaringkan 39 gol dari 77 penampilan untuk skuad kebangsaan Belanda dengan beliau turut cemerlang mencatatkan 29 assists sepanjang tempoh tersebut.

4) Arnaut Danjuma – €50 juta

Arnaut Danjuma merupakan pemain penyerang yang sangat versatile dengan beliau boleh bermain di bahagian sayap serta penyerang tunggal.

Walaupun posisi kegemarannya adalah di posisi sayap kiri, namun Danjuma juga kerap dimainkan di posisi centre-foward.

Pemain penyerang Villarreal itu pada ketika ini dianggarkan bernilai €50 juta dan beliau merupakan pemain keempat paling bernilai dalam skuad Belanda pada ketika ini.

Seperti yang ditulis di atas, skuad Belanda pada ketika ini tidak mempunyai pemain sayap berkelas dunia, namun melihat kepada kemampuan Danjuma, sepertinya masalah tersebut tidak lagi perlu difikirkan.

Danjuma telah berjaya menjaringkan 13 gol dan turut mencatatkan empat assists dari 27 penampilan dalam saingan La Liga dan Champions League untuk Villarreal.

Pemain sayap itu juga telah berjaya menjaringkan dua gol dan mencatatkan satu assists dari enam penampilan beliau bersama skuad kebangsaan Belanda setakat ini.

3) Virgil van Dijk – €55 juta

Liverpool memecahkan rekod dunia ketika menandatangani Virgil Van Dijk dari Southampton, dengan mereka membayar yuran perpindahan bernilai €84.65 juta untuk pertahanan Netherlands itu.

Sejak menyertai Liverpool, Van Dijk dianggap sebagai antara pemain centre-back terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain yang menyarung jersi bernombor empat itu telah beraksi sebanyak 168 penampilan untuk The Reds dan beliau juga dianggap punca utama sebalik kejayaan Liverpool sejak kebelakangan ini.

Di usia 30 tahun, nilai pasaran beliau pada ketika ini dianggap bernilai €55 juta, dengan ketua pasukan Belanda itu kini sudah membuat 45 penampilan untuk skuad kebangsaannya.

Skuad kebangsaan Belanda terlepas kesempatan untuk menggunakan khidmat Van Dijk ketika aksi Euro 2020 pada musim panas lalu, kerana pemain centre-back itu dibelenggu masalah kecederaan.

Beliau ketika itu dibelenggu kecederaan lutut dan terpaksa berehat panjang dan kerana ketiadaan Van Dijk, Belanda hanya mampu bertahan hingga pusingan 16 terbaik sahaja.

Beliau turut terlepas 45 perlawanan bersama skuad utama Liverpool pada musim lalu, dan hal itu jelas sekali memberi impak buruk kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Dengan beliau kini sudah kembali, Liverpool sudah berjaya memenangi gelaran Carabao Cup, dan sedang sangat berpotensi untuk memenangi gelaran quadruple pada musim ini.

Bekas pemain pertahanan Southampton itu sememangnya sering meninggalkan impak yang sangat diharapkan baik untuk Liverpool mahupun untuk skuad Belanda.

2) Frenkie de Jong – €70 juta

Frenkie de Jong merupakan antara pemain penting yang membantu Ajax untuk mara sehingga peringkat separuh akhir saingan Champions League musim 2018/19.

Gergasi Belanda itu berjaya menyingkirkan Real Madrid dan Juventus pada ketika itu dan mereka juga hampir sahaja untuk mara ke pentas perlawanan akhir.

Barcelona kemudiannya mengeluarkan dana bernilai €86 juta pada penghujung musim tersebut, untuk menandatangani Frenkie de Jong.

Pemain central midfielder itu merupakan antara pemain midfield terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau sangat selesa bergerak baik dengan bola mahupun tanpa bola dan beliau juga boleh berfungsi di posisi attacking midfielder jika diperlukan.

Pemain berusia 24 tahun itu berjaya mengekalkan tahap persembahan terbaiknya di Nou Camp dan kerana itulah beliau dianggap sebagai antara pemain midfield terhebat dunia pada ketika ini.

Nilai pasaran semasa beliau pada ketika ini dianggarkan bernilai €70 juta dan hal itu menjadikan beliau sebagai antara pemain paling bernilai dalam kem Belanda dan Barcelona sendiri.

Beliau telah membuat 39 penampilan di pentas antarabangsa dan turut membuat 129 penampilan bersama Barcelona.

1) Matthijs de Ligt – €70 juta

Matthijs de Ligt merupakan rakan sepasukan Frenkie de Jong ketika kariernya bersama Ajax dan kedua-dua mereka merupakan pemain paling bernilai dalam skuad Belanda pada ketika ini.

Ketika de Jong memilih untuk ke Sepanyol, de Ligt pula memutuskan untuk meneruskan kariernya dalam saingan Serie A bersama Juventus.

Juventus mengeluarkan dana bernilai €85.50 untuk menandatangani De Ligt pada tahun 2019 yang lalu, dengan bekas bintang Ajax itu merupakan pemain terpenting kelab pada ketika ini.

Nilai pasaran semasa pemain centre-back Juventus itu pada ketika ini dianggarkan bernilai €70 juta, sama seperti nilai rakan senegaranya Frenkie de Jong.

https://twitter.com/NilsMackay/status/1508865402788528129?t=itrWu2D69xuvi98jSevLcA&s=19

Walau bagaimanapun, harus diakui yang Matthijs de Ligt merupakan antara pemain pertahanan muda yang paling mengujakan dalam dunia bola sepak hari ini.

De Ligt sudah membuat 109 penampilan untuk skuad The Old Lady, dengan adanya Chiellini dan Bonucci dalam skuad Juventus, De Ligt beruntung kerana dapat menimba banyak ilmu dari duo legenda itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN