“Dalam Fasa Bina Persefahaman” – Ramdhan Ab Hamid Akui Tanpa Import, UiTM FC Agak Terkesan

UiTM FC antara pasukan yang masih lagi bergelut dalam prestasi mereka dan permulaan skuad ini juga agak perlahan untuk memberi cabaran dalam saingan Liga Premier musim 2022.

Jelas Mohamad Ramdhan Ab Hamid selaku penjaga gol utama UiTM, pasukan diwakilinya setakat ini masih berada dalam fasa pembelajaran kerana rata-rata pemain yang ada masih kurang berpengalaman dan beraksi di saingan Piala Presiden musim lalu untuk memberi impak dalam pasukan musim ini.

Walaupun bermula dengan agak suram musim ini setelah mencatat dua kekalahan berturut-turut dalam persaingan liga ke atas pasukan Selangor 2 dan Kelantan, Ramdhan berharap pasukan diwakilinya itu mampu untuk bangkit semula dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2022 malam ini menentang Kuching City di gelanggang lawan.

“Pasukan ni sebenarnya baru lalui dua perlawanan dan kami sedang dalam fasa membina persefahaman kerana kebanyakan pemain UiTM sebenarnya kurang pengalaman bermain di Liga Premier atau Super.

“Tanpa pemain import, memang saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak berikan kesan tetapi saya percaya dengan kemampuan pemain muda dalam pasukan ini.

“Lama kelamaan saya yakin mereka akan cepat belajar dengan rentak Liga Premier dan persefahaman dapat dibentuk selepas kita lalui beberapa perlawanan lagi.

“Harap untuk aksi seterusnya, kami boleh melakukan kejutan di Piala FA walaupun kami belum mengetahui kemampuan lawan, Kuching City pada musim ini kerana belum lagi turun beraksi.

“Kita tidak boleh ambil mudah akan kemampuan Kuching namun saya berharap pentas Piala FA ini akan menjadi titik tolak kebangkitan kami,” katanya menerusi MFL.

Untuk rekod, Ramdhan sebelum ini pernah beraksi bersama Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang sebelum menyertai Kelantan United musim lalu dan pengalaman beliau amat ditagih untuk memimpin barisan pemain-pemain muda UiTM tahun ini.

Setakat dua perlawanan lalu, Ramdhan sudah pun dipilih selaku kapten pasukan dan harapan pemain ini adalah untuk mengumpul sebanyak mana minit permainan musim ini meskipun sedar akan persaingan bersama seorang lagi penjaga gol berpengalaman dari Sabah iaitu, Robson Rendy Rining.

“Saya datang ke sini sebenarnya mahu mendapatkan lebih banyak minit permainan dan sentiasa diturunkan dalam kebanyakan perlawanan.

“Sebelum ni saya sering kali bergelut dengan isu kecederaan sekaligus menyukarkan peluang untuk tersenarai selaku penjaga gol utama.

“Harap segalanya dipermudahkan bagi musim ini dan ramai boleh melihat sejauh mana kemampuan sebenar saya,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN