Sebelum berdepan JDT, Bengaluru FC menghantar surat ‘gencatan senjata’ kepada musuh-musuhnya di liga dan ia menjadi buat mereka saat itu.
Hindustan atau tanah Hindu ternyata lokasi yang sukar buat skuad ampuh Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pernah tumbang di sana.
Ia berlaku ketika semifinal Piala AFC 2016 dan kali ini, wakil Malaysia dan juara zon Asean Piala AFC, KL City FC pula akan berkunjung ke bumi India.
KL City dijadualkan bertemu juara zon East Asia, ATK Mohun Bagan dalam separuh akhir Inter-zon yang bakal berlangsung pada 7 September depan.
AGSHSHSJABAAJANKANA AKAKANAMAL
We are only going to say this once,
KING OF ASEAN 🔴⚪️
FT: 5-1#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/aVTuENwaTX
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) August 24, 2022
KL City mara lepas tumpaskan PSM Makassar
Selaku juara zon Asean, KL City bakal berkunjung ke laman lawan yang juga merupakan juara zon East Asia, ATK Mohun Bagan di Kolkata, India. Moga-moga pengendali KL City, Bojan Hodak tidak memainkan isu Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) memberi kelebihan kepada wakil India seperti mana kenyataan pengendali PSM Makassar dalam pertembungan sebelum ini.
Nah, itu hanya ‘banter’ buat PSM Makassar. Jangan ambil serius pula ya!
Apa pun, KL City memikul amanah besar selaku wakil Asean untuk edisi kali ini. Kemenangan besar 5-2 menunjukkan yang ‘The City Boys’ amat ampuh dan diharap ia akan diteruskan waima beraksi di halaman lawan sekalipun.
Namun, JDT pun pernah tersungkur di sana, jadi KL City harus hati-hati.
2016 AFC Cup | Full Time
Bengaluru 3-1 JDT (Agg 4-2)#BFCvJDT #AFCCup2016 pic.twitter.com/4Q95i7buoK
— HSTV (@hstvcom) October 19, 2016
Pastinya seluruh India akan bersama Mohun Bagan
Sebagaimana ketika Bengaluru FC bertemu JDT pada semifinal edisi 2016, seluruh India bersama wakil mereka ketika itu. Tidak kira musuh di dalam saingan liga sekalipun, mereka tampak bersatu menyokong ‘The Blues’.
Ini kerana tindakan berani pengurusan Bengaluru menghantar surat ‘rayuan’ kepada East Bengal, Aizawl FC, Shillong Lajong dan musuh ketat mereka, Mohun Bagan untuk berada di belakang mereka ketika berdepan JDT.
“Seperti mana kejar mengejar kita untuk kejuaraan liga dalam tiga tahun lalu, biarlah ini menjadi kejujuran yang kejam. Kita tidak pernah menjadi rakan baik dan kami tidak mahu itu berubah. Tetapi pada 19 Oktober. kami mencadangkan gencatan senjata. Kami meminta anda hadir ke kubu kami dan membantu kami untuk mencipta sejarah.”
Surat Bengaluru kepada Mohun Bagan pada 2016
Surat tersebut telah dikeluarkan pada 04 Oktober selepas pertembungan pertama antara kedua-duanya terikat 1-1 di Larkin. Mereka memerlukan kemenangan untuk mencipta sejarah sebagai kelab India pertama mara ke pentas final Piala AFC – paling jauh mara adalah sehingga ke semifinal.
Mengapa Bengaluru sanggup ‘melutut’ kepada musuh mereka? Selain mahu melakar sejarah baharu di kempen Piala AFC, mereka juga belum pernah menang ke atas Harimau Selatan dalam tiga pertembungan terkini.
Dalam pusingan kelayakan Piala AFC 2015, JDT menang 2-1 sebelum dua lagi aksi di peringkat kumpulan Piala AFC 2016 yang mana JDT unggul dengan dua kemenangan – menang 3-0 dan 1-0 ke atas Bengaluru.
Mereka menagih sokongan seluruh India dengan hanya mengutus surat.
Hasilnya, mereka menang 3-1 dan melakar sejarah baharu buat kelab India.
In 2016 Bengaluru FC created history by becoming the first Indian club to reach AFC Cup final after a 3-1 victory over Johor Darul Tazim in 2nd leg of semi-final. One of those 3 goals was this strike from Sunil Chhetri. Excellence of execution. #IndianFootball pic.twitter.com/xryTnpNDtU
— IndianFootball_History (@IndianfootballH) October 18, 2020
ATK Mohun Bagan pastinya mahu balasan yang sama
Berdepan wakil dari Malaysia juga, tentunya ‘The Mariners’ mengharapkan balasan yang sama daripada Bengaluru dan seluruh India. Walaupun skripnya berbeza, namun, ia langkah pertama daripada dua langkah sebelum mereka mara ke pentas final buat kali kedua buat kelab dari India.
Ini kerana, selepas sejarah yang dilakar ‘The Blues’, tiada lagi wakil India mara ke pentas final Piala AFC ditambah dengan perubahan format.
Tidak pasti sama ada mereka ‘melutut’ pula kepada musuh-musuh mereka di liga tetapi tentunya mereka akan bersatu untuk menyalurkan tenaga positif buat ATK Mohun Bagan. Tambahan pula mereka baru sahaja terlepas daripada hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Sebelum ini Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) telah digantung oleh FIFA akibat campur tangan pihak ketiga dalam pentadbiran.
Impak sokongan seluruh India selain sejarah JDT yang tumbang ketika semifinal Piala AFC 2016 wajar dijadikan panduan buat KL City.
Sama ada mereka mengikut langkah Bengaluru menghantar surat kepada musuh sebelum bertemu JDT sudah jadi isu kedua ketika ini.
Jadi, KL City wajar berhati-hati dalam pertembungan di Kolkata pada 7 September depan untuk membawa mereka mara ke final inter-zon.