Pengurus Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan telah meminta agar para pemain kendaliannya supaya melawat Muzium Old Trafford dalam masa terdekat atas sebab-sebab tertentu.
Menurut Ten Hag, perkara tersebut terpaksa dibuat selepas beliau agak kecewa dengan tahap pengetahuan para pemain kendaliannya dalam memahami sejarah pasukan tersebut.
https://twitter.com/manuelmenacho0/status/1579077860207529984?s=21&t=L-5e4C0eIFadAahfZw93og
Pengendali kelahiran Belanda itu yang berang dengan keputusan lalu sewaktu mereka tewas di tangan Manchester City 3-6 jelas kecewa dengan pemahaman pemain mengenai sejarah pasukan.
Ten Hag dikatakan telah menguji para pemain dengan beberapa soalan sejarah serta kehendak DNA kelab, malangnya mereka gagal mencapai tahap diperlukan pengendali tersebut untuk menjawab lebih baik.
Malah lebih menyedihkan, ada beberapa pemain mengaku mereka langsung tidak pernah melawat muzium tersebut untuk menambah sebarang ilmu pengetahuan.
Pengendali tersebut jelas masih kurang berpuas hati dengan aksi para pemain kendaliannya selepas mereka tewas di tangan City.
Beliau menganggap para pemain gagal menjaga maruah kelab dan tak sepatutnya tewas dengan keputusan yang dianggap sangat mengaibkan.
“Anda semua bermain untuk Manchester United tetapi diri anda semua masih gagal untuk mengetahui sejarah kelab?”.
Seperti diketahui, United merupakan salah satu pasukan yang paling banyak mencipta sejarah dengan memegang rekod 20 kejuaraan utama.
Night, Reds 😴 pic.twitter.com/pOlzg9Qnvh
— Manchester United (@ManUtd) October 9, 2022
Selain itu, United juga gah mencipta rekod menarik, apabila menjadi pasukan dari England yang pertama memenangi European Cup.
Kali terakhir United menjuarai EPL pada musim 2012-2013 serta menggenggam trofi kejuaraan European Cup pada tahun 2017 dan selepas itu mereka tidak memenangi apa-apa.
Bekas pengendali Ajax itu mula bertugas selaku pengurus United pada musim ini selepas menghabiskan lima tahun bersama bekas kelabnya untuk memberi nafas baharu buat The Red Devils.
Jelas Ten Hag, sehingga kini beliau sudah pun melawat muzium bersejarah tersebut sebanyak dua kali sejak menyertai pasukan itu pada Mei lalu.
Menurut Sport Bible, Ten Hag telah bertanyakan kepada para pemain apa yang mereka tahu mengenai United dan bila beliau mengetahui ada anak-anak buahnya langsung tidak pernah menjejaki muzium atau sekadar melintas, bekas pertahanan tengah itu jelas sangat kecewa.
From minute 1️⃣ to minute 9️⃣0️⃣: we heard you.
Big shoutout to our travelling Reds at Goodison Park tonight 👏❤️#MUFC || #EVEMUN pic.twitter.com/m2EGqp0ElC
— Manchester United (@ManUtd) October 9, 2022
Beliau juga telah menegaskan kepada para pemain agar mengunjunginya pada mana-mana waktu supaya mereka dapat mempelajari sesuatu penting untuk lebih menghargai kelab pada masa akan datang.