VIDEO: Kalau Dah ‘Team-Talk’ Pun Begini, Memang ‘Lunyai’ Indonesia Dibuatnya

'team-talk' Malaysia UAE lawan Indonesia bagaimana

Bagaimana agaknya ‘team-talk’ skuad muda negara sebelum mereka turun dalam Derbi Nusantara berdepan Indonesia di Bogor pada malam tadi?

Tular sebelum ini ‘team-talk’ yang dilihat disampaikan penolong jurulatih, Amiridzwan Taj kepada skuad B-17 Malaysia sebelum aksi berdepan UAE.

Hasilnya, Malaysia berjaya membenam antara jagoan Timur Tengah itu dengan keputusan 3-2 di perlawanan ke-3 Kumpulan B, kelayakan Piala Asia B-17 2023. Sebelum aksi itu, UAE menang dua perlawanan awal ke atas Guam (9-0) dan Palestin (4-3), sebelum tewas 2-3 kepada Indonesia.

Malaysia mendahului dua gol sebelum lawan bangkit mengikat kedudukan sehinggalah Faris Danish meledak jaringan kemenangan di minit ke-93.

Semua tahu bagaimana kesukarannya berdepan pasukan seperti UAE, namun skuad negara mempamerkan mentaliti yang amat menakjubkan.

Selepas aksi hambar Malaysia menentang Guam yang berkesudahan seri 1-1, ramai yang mula mempersoalkan kemampuan skuad kendalian Osmera Omaro itu. Guam boleh dianggap pasukan belasahan apabila dibolosi 23 gol dalam dua perlawanan awal ketika tewas kepada UAE dan Indonesia.

Malah, gol pertama Guam di pusingan kelayakan adalah ke atas Malaysia. Begitupun, kem Malaysia kekal tenang untuk baki dua perlawanan.

Menimbulkan lagi persoalan adalah apabila kem Indonesia mengatakan agak pelik Malaysia tidak ‘mengintai’ aksi mereka menentang Palestin.

Media Indonesia Pelik Jurulatih Malaysia Tak ‘Intai’ Aksi Garuda Lawan Palestin

Melihatkan video ‘team-talk’ skuad Harimau Muda sebelum aksi berdepan UAE, kita boleh gambarkan suasana yang sama ketika aksi Indonesia.

Permusuhan dua rakan serumpun ini sudah sekian lama berlangsung dan tentunya Amiridzwan Taj sangat arif bagaimana untuk memercikkan api perjuangan pemain-pemain muda ini atas pengalaman luasnya dahulu.

Hasilnya, di babak pertama sahaja, Malaysia sudah lima gol di depan!

Dan Indonesia meledak gol saguhati di minit ke-93 untuk Malaysia menang besar 5-1 seterusnya mengesahkan ‘tiket’ ke kejohanan Piala Asia B-17.

Indonesia seperti kehabisan daya untuk memberi tentangan ke atas apa yang dipamerkan barisan pemain negara. Intensiti tinggi yang diberikan Malaysia membuatkan Indonesia lemas di halaman sendiri. Tambahan pula mereka terpaksa beraksi tanpa kehadiran penyokong di stadium mereka.

Ini adalah video ‘team-talk’ sebelum aksi berdepan UAE yang diciap oleh Twitter Balrz bagi yang belum pernah melihatnya lagi. Agaknya, apa pula yang disampaikan kepada para pemain sebelum aksi berdepan Indonesia?

Untuk pengetahuan semua, Amiridzwan Taj merupakan bekas pemain skuad kebangsaan sekitar tahun 2011 hingga 2014. Menariknya, beliau merupakan antara pemain skuad senior yang bermain ketika Harimau Malaya ‘lunyai’ dibelasah UAE 0-10 pada 2015 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia. Inilah pengalaman yang pastinya tidak mahu beliau rasai lagi.

Hari ini biar mereka putus asa dengan awak, biar mereka tahu siapa awak, biar mereka tidak mahu lagi main dengan awak. Faham! Ready tak ready? Boleh tak boleh?

Amiridzwan Taj, ‘team-talk’ Malaysia-UAE

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN