Henderson Dikatakan Menghina Gabriel Dan Menyebabkan Firmino Turut Kecewa

Roberto Firmino dikatakan kecewa dengan sikap ketua pasukannya, Jordan Henderson yang dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan ke atas Gabriel Magalhaes.

Arsenal turun melayan kunjungan Liverpool ke bumi Emirates untuk aksi dalam saingan Premier League malam semalam.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu cemerlang mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan Liverpool untuk kembali memimpin carta saingan Premier League.

Tiga mata yang dikutip di Emirates itu membantu Arsenal untuk memintas Manchester City, seterusnya mendahului juara bertahan itu dengan kelebihan satu mata.

Dua gol jaringan Bukayo Saka dan satu gol jaringan Gabriel Martinelli sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan berpihak kepada Arsenal.

Liverpool sementara itu berjaya memperoleh dua gol dalam perlawanan ini menerusi Darwin Nunez dan Roberto Firmino.

Henderson bergaduh dengan Gabriel Magalhaes

Telah berlaku satu insiden panas dalam perlawanan ini yang mana tercetusnya pergaduhan antara para pemain kedua-dua pasukan berpunca dari mulut Henderson.

Henderson dilihat berdepan dengan pemain pertahanan Arsenal, Gabriel dan kedua-dua mereka dilihat sakit berperang mulut sebelum pemain lain masuk campur.

Gabriel dikatakan mendakwa yang Henderson ada mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan menyebabkan beliau beremosi dengan ketua pasukan Liverpool itu.

Thiago Alcantara dilihat cuba menenangkan Gabriel sementara Roberto Firmino sekadar memerhati sekeliling untuk memahami apa yang sedang berlaku.

Selepas mendengar dakwaan dari Gabriel, Firmino menunjukkan reaksi yang sangat kecewa sambil melihat wajah ketua pasukannya dan ramai peminat percaya Henderson mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman.

Memandangkan Firmino dan Gabriel merupakan rakan senegara, jelas sekali pemain penyerang itu akan terasa andai hinaan itu melibatkan negara asalnya, Brazil.

Tidak pasti apa sebenarnya yang dikatakan oleh Henderson, namun satu hal yang pasti ia telah mengguris hati pemain-pemain dari Brazil.

Bukan saja Firmino, bahkan Fabinho dan Alisson Becker  juga dikatakan turut tidak gembira dengan apa yang dikatakan oleh Henderson.

Liverpool ketika ini berada di kedudukan ke-10 dalam carta saingan liga selepas mengumpul 10 mata dari lapan perlawanan.

Sepertinya skuad The Reds kini sudah terlalu kerap keciciran mata dan agak sukar untuk mereka bersaing merebut gelaran liga musim ini.

Bukan hanya mahu bersaing merebut gelaran liga, skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga sepertinya bakal berdepan kesukaran untuk merebut kedudukan empat teratas pada penghujung musim nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN