Ini Sebab Florentino Perez Enggan Layan Permohonan ‘Cerai’ Sergio Ramos

Sergio Ramos telah menghantar ‘transfer request’ ataupun surat mohon pindah daripada Real Madrid. Ramos diwakili oleh ejen beliau Rene, dan peguamnya Julio Senn.

Ramos menjadikan kegagalan mara lebih jauh dalam UCL sebagai punca beliau mahu keluar. Real Madrid disingkirkan oleh Ajax dalam saingan UCL.

Perez dikatakan telah memarahi Ramos secara peribadi. Hal ini kerana Ramos dengan sengaja mengutip 1 kad kuning untuk membolehkan beliau digantung pada perlawanan ke-2. Malangnya Real Madrid ditewaskan oleh Ajax dalam perlawanan kedua tersebut, dan tersingkir di peringkat 16 pasukan akhir.

Ramos menyatakan kad kuning itu bukan disengajakan walaupun seluruh dunia termasuk Perez merasakan kad kuning itu memang disengajakan. Ramos mahu ‘membersihkan’ kutipan kad beliau sebelum suku akhir.

Hubungan Ramos dan Perez dilaporkan dingin selepas itu. Beliau tidak dapat menerima tuduhan oleh Perez bahawa beliau adalah punca Real Madrid gagal mara. Ramos kecewa setelah memberikan 3 kejuaraan berturut-turut dalam 3 tahun terakhir.

MADRID, SPAIN – MARCH 16: Sergio Ramos of Real Madrid congratulates Keylor Navas of Real Madrid following the La Liga match between Real Madrid CF and RC Celta de Vigo at Estadio Santiago Bernabeu on March 16, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Marca melaporkan, Perez dan Ramos bertengkar di hadapan pemain dan staf kejurulatihan di dalam bilik persalinan.

Ramos kemudian mengugut akan ‘bercerai selamanya’ (total divorce) dengan Real Madrid selepas bermain untuk kelab itu sejak 2005.

Beberapa hari lalu, Ramos dilaporkan menghantar ‘transfer request’ dengan alasan beliau sudah tidak mendapat kepercayaan daripada Presiden Kelab. Ramos meminta untuk dilepaskan supaya beliau menjadi ejen bebas.

Namun Florentino Perez tidak menerima permohonan itu. Ini kerana Perez tidak mahu melepaskan Ramos secara percuma. Mana-mana kelab yang mahukan Ramos perlu membayar yuran perpindahan.

Perez dengan tegas menyatakan: “Sergio Ramos tidak sama sekali akan meninggalkan kelab ini secara percuma.”

Perez sebenarnya mendapat tahu Sergio Ramos mahu menjadi ejen bebas untuk membolehkan beliau mudah berhijrah ke sebuah kelab di China.

Sergio Ramos telah ditawarkan gaji dari sebuah kelab di China bernilai €35 juta setahun selepas cukai. Buat masa ini Sergio Ramos menerima €40 juta untuk 3 tahun di Real Madrid. Jika beliau menjadi ejen bebas, Ramos dan abangnya akan mendapat wang tambahan daripada ‘sign in fee’.

https://twitter.com/Realmadridplace/status/1133001595774525441

Sergio Ramos sudah membayangkan beliau sudah tawar hati bermain untuk Real Madrid lagi dan rela melepaskan jawatan kapten beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN