Quantcast

BERITA

UEL 2018/19: Maurizio Sarri Mengamuk Tinggalkan Sesi Latihan Selepas Luiz & Higuain Bergaduh

Chelsea berhadapan dengan seribu satu tekanan menjelang final UEL kali ini.

Sebelum ini mereka dilaporkan kehilangan N’golo Kante kerana kecederaan. Beberapa minggu lalu, Maurizio Sarri bertengkar dengan Abramovich kerana dipaksa menurunkan kesebelasan bintang untuk perlawanan amal.

Dalam perlawanan tersebut juga Chelsea kehilangan salah seorang pemain yang menyerlah sepanjang UEL iaitu Loftus Cheek.

Sarri kemudian mendapat tekanan oleh pengurusan tertinggi yang dilaporkan menjadikan perlawanan akhir ini sebagai penentu masa hadapan beliau.

Sarri sudah beberapa kali menyindir pengurusan Chelsea bahawa beliau tidak takut untuk dipecat dan menyatakan beliau akan letak jawatan segera; jika benar perlawanan akhir UEL adalah penentu masa hadapan beliau selepas apa yang dilakukannya selama 10 bulan di kelab tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Chelsea juga dibelenggu dengan masa hadapan Eden Hazard beberapa bulan ini.

Terbaru, dalam sesi latihan sebelum perlawanan final UEL menentang Arsenal, Maurizio Sarri telah mengamuk dan meninggalkan padang latihan.

Beliau menghayunkan dan menendang topinya tanda marah dan geram. Sarri dikatakan kecewa dengan David Luiz dan Gonzalo Higuain yang bertegang urat ketika sesi latihan.

Sarri cuba dipujuk oleh pembantu beliau, namun Sarri terus beredar memasuki terowong.

Kontroversi ini pastinya merisaukan peminat Chelsea. Ini kerana mereka sedar masalah ini boleh mempengaruhi mood pasukan Chelsea dalam final.

Dan kini semua orang menunggu sama ada Luiz atau Higuain terlibat dalam perlawanan final itu nanti.